EPISODE 06

Family Series 54810

Ahli keluarga Syakilla semakin ramai di dalam rumah besar Ikbal Fatah. Amirah berlari mendapatkan Farhana Dhia di dapur tahkala adik beradiknya yang lagi mengata tentang Mamanya. Dia menangis sambil mencari wanita itu.

"Aunty.. Aunty Hana!!! Ihiiiiik.." Ia memangggil sambil mengusap wajah. Airmatanya bercucuran membasahi pipi.

"Aunty Hana."

"Cik Amirah kenapa ni.?" Rose dan Lina mendapatkan Amirah di tepi peti sejuk.

"Isk mana Aunty Hana.? Isk.."

"Aunty Hana.? Tadi acik Lina nampak dia naik ke bilik.. Cik Amirah kenapa menangis ni.?" Lina memeluk tubuh kecil Amirah.

"Tadi Farah cakap Mama akan mati. Isk.. pastu Lilyys pun cakap Papa akan kahwin lagi dengan perempuan yang lebih cantik dari Mama.. Mira tak suka diorang cakap macam tu." Ia sudah tersendu-sendu.

"Biasa lah tu Cik Amirah mulut orang memang kita tak boleh tutup. Biarkan saja ya.." Rose tersenyum sambil mendukung Amirah.

"Tapi Aunty Hana pergi mana.. Isk!" Amirah masih berfikir ke mana Aunty Hana pergi. Sedangkan Mamanya ada di bilik tetamu di depan.

"Sudah ya... Cik Amirah pergi main semula. Ingat jangan susahkan Mama. Tau.." Rose menurunkan tubuh Amirah semula.

"Okey Makcik.." Ia segera berlari ke depan semula.

"Kakak dari mane ni.? Makngah dengan Maksu cari tadi." Amir menarik tangan Amirah ke ruang tamu.

"Kenapa pula diorang nak panggil kakak lagi. !! Kakak benci mereka Kakak ni tak baik cakap macam tu, kalau Papa dengar mesti Papa marah."

"Biarlah.. Sekarang ni Aunty Hana mana? Kakak cari sejak tadi takde pun." Amirah bercekak pinggang.

"Tah.. Amir tengok tadi Aunty Hana tengah on call. Pastu Aunty Hana keluar dari bilik Mama di sana." Amir menunjuk ke bilik tetamu.

"Papa pula ke mana.? Sejak tadi takde." Amirah mula bingung sendiri.

"Tak tahu.. jom lah kite masuk nanti Makngah buli Mama pula." Amir menarik tangan Amirah ke bilik semula.

"Tapi Aunty Hana takde.." Amirah masih mencari kelibat wanita itu di mana-mana pun.

"Biarlah.. Aunty Hana tu makan gaji buta nanti kite report je dekat Papa biar dia kena pecat." Amir tersenyum bangga dengan kata-katanya.

CLACK

Pintu bilik tetamu di buka dari luar terjengul lah wajah kedua-dua anak Ikbal Fatah dari luar.

Zizie, Fiza dan Rahmah bercekak pinggang melihat anak-anak Ikbal Fatah sejak tadi. Ada saja mereka akan mengata pada kedua-dua anak Ikbal Fatah tak lama lagi.

"Kakak.." Amir mengecutkan diri di belakang Amirah.

"Korang ke mana saja hah.? Mama korang dah nak mati pun masih merayap." Zizie yang lagi duduk di sofa sedap mengata pada Amir dan Amirah.

"Tah... silap-silap ni Mama korang mati dulu sebelum berjumpa dengan korang." Fiza menggeleng kepala.

"Anak jenis apa ni.?" Rahmah menarik tangan Syakilla yang sedikit merekot itu jatuh ke atas selimut tebal.

"Mama.. !!!!" Amir berlari mendapatkan Syakilla. Dia mula menangis semahu-mahunya, dia terlalu sayangkan Syakilla.

"Makngah tak boleh buat macam ni dengan Mama.. Amir benci Makngah !!!" Amir memekik kuat.

PLAK

"Kurang ajar kau Amir. !!! Aku ni Makngah kau, biadap.."

Amirah berlari ke arah tangga. Dia harus mengatakan perkara ini kepada Papanya yang sejak tadi menghilangkan diri.

"Papa... !! Isk.. Papa.. Makngah pukul Amir.. Isk.."

"Papa.."

TOK

TOK

"Papa.. !!! Open the door.. Isk.."

"Papa.."

"Isk.. Papa tolong.."

CLACK

Ikbal Fatah yang baru saja habis mandi, dia mendapatkan Amirah yang sudah menangis di depan pintu.

"Amirah.. kenapa ni. Kenapa menangis sampai macam ni sekali..? Bergaduh dengan Amir ke.?" Ikbal Fatah memeluk tubuh Amirah yang sudah bergetar hebat.

"Amir.. Isk Amir kene tampar dengan Makngah."

Ikbal Fatah mengeras tubuhnya.

"Tak apa Amirah pergi masuk ke bilik dulu, jangan ke bawah lagi. Papa akan turun ya." Ia tersenyum untuk menutup riak wajahnya.

"Tapi Papa.." Amirah mengetap bibir.

"Tak apa lah. Rumah kitakan ada cctv.. Don't worry okay. Baby." Ikbal membawa anaknya ke bilik semula.

Farhana Dhia mengambil langkah keluar dari bilik itu. Dia juga tak senang duduk sejak dengar anak tirinya di perlakukan begitu.

"Siap korang!! Berani tampar anak tiri aku. ya.." Farhana sudah mengepal penumbuk.

Sebaik saja Ikbal Fatah menutup pintu bilik Amirah dia berjalan ke biliknya semula. Sejak tadi dia mengurung Farhana Dhia di dalam bilik, sengaja dia mengambil kesempatan untuk mendapatkan isterinya sejam lalu.

Ia tersenyum lebar bila mengingati hal Farhana Dhia menangis kerana di tipu oleh dirinya sendiri.

Katanya jatuh bilik air.

Rupanya....

CLACK

"Sayang I'm coming."

Pintu di tutup semula.

Tak sabar dia nak mengurung Farhana Dhia lagi di dalam bilik. Berdua-duaan dengan isteri muda yang lagi cantik dan sempurna kejadiannya.

"Sayang.." Firasatnya mengatakan sesuatu yang berbeza di dalam bilik kini. Tadi dan sekarang sudah lain rasanya.

"Sayang!!!! Kau jangan main-main lah, aku tak suka." Ia berjalan ke bilik air pula.

CLACK

"Argh!!! Dah keluar rupanya.. Ini semua salah Mirah. Argh..." Ia menumbuk dinding bercat putih itu. Kini ia benar-benar sangat marah..

Amir menangis di dalam dakapan Farhana Dhia, dia ceritakan semuanya yang dia lihat dengan Amirah tadi.

"Puan.. saya tak nak tahu apa-apa sekarang ni. Demi keluarga Puan dan lain-lain nya.. Saya nak Puan minta maaf dengan Datin Syakilla."

"Datin Syakilla tak pernah ajar anak-anak dia biadap begini rupa kalau orang lain tak ganggu keluarga ni. Minta maaf dengan Datin Syakilla. Please." Farhana menjegil mata pada Rahmah.

"Wah wah.. kau tu cuma Nurse Kakak aku.! Berani kau nak arahkan kami berdua minta maaf dengan dia. Kau tu cuma pekerja!!!" Fiza menolak bahu Farhana menjauh.

"Tak malu arahkan aku dan kakak aku minta maaf. Perasaan." Zizie mengeleng kepala.

"Hahaha tak malu buuu.." Fiza menepuk tangan dengan riang.

"Puan!!!! Tolong jangan buat kecoh di sini. Datin tak sihat ni kalau datang sini nak buat kecoh lebih baik kalian bertiga pulang saja lah.." Farhana berjalan ke pintu.

Belum di buka pintu tadi sudah terbuka dari luar.

"D-dato.." Cepat-cepat Farhana menunduk hormat.

"Awas kau. Hana.." Ia berjalan ke arah katil. Pinggang Farhana sempat di cubit kuat.

"Maaf.." Ia terus mengusap pinggangnya ramping di dalam kurung peplum itu. Tangan suaminya memang seperti ketam.

Ada saja akalnya suaminya itu untuk membuat dirinya merasa jari jemarinya lelaki itu melekat di tubuhnya.

Gatal!!!

Miang!!!

Kitonyo manjo!!!

Itulah Ikbal Fatah, suami orang yang mempunyai anak-anak kembar.

"Kenapa kecoh-kecoh ni? Kalau korang lapar pergi lah makan dulu.." Ikbal duduk di sebelah Syakilla. Dia melihat soerang demi seorang adik-beradik Syakilla.

"Kau tahu tak anak kau yang sorang ni biadap dengan kami, dan perempuan ni pula dia halau kami pergi dari sini!! Apa hak perempuan tu di dalam ruman ni." Rahmah bercekak pinggang, dia melihat kearah Farhana dengan tatapan membunuh.

"Hahaha.. kau pula jangan lupa, kau cuma tetamu di dalam rumah ni. Lebih bagus dia yang halau korang! Bagaimana pula jika aku yang halau korang.?" Ikbal menarik Amir duduk di pangkuannya.

"Ikbal.. Kami bertiga datang sini sebab nak melawat orang sakit, kau sepatutnya kena hormat kami!! Bukan salahkan kami macam ni." Rahmah bangun dari duduk mereka keluar dari bilik itu dengan perasaan sakit hati.

"Lain kali datang jagalah lisan masing-masing, malu pada orang muda bila ada benda kotor-kotor keluar dari mulut korang tu mana nak letak muka huh. hahaha.. betul tak Amir.?" Ikbal mengurut pipi Amir yang masih ada lagi kesan tamparan itu.

"Betul Papa.. isk.." Amir memeluk tubuh Papanya dengan erat.

Mereka sempat memberi jelingan maut pada Farhana Dhia sebelum pintu bilik itu ditutup rapat.

Masuk tanpa di undang.. Memang mendapat dengan si Hana tu. Aigoo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience