BAB 3

Romance Completed 3047

“Berapa kau bayar gaji aku tunggu kau lama-lama macam orang takda hala tuju ni ha?” rungut Paan tidak puas hati. Jelas terpamer wajahnya yang marah.

“Sorry.. sorry.. tak sengaja nak lambat sampai. Jalan jem gilerr weyh.”

“Dia punya padat lebih teruk dari sardine dalam tin.” Ayat kene hiperbola lah sikit. Nak pujuk hati kawan. Serius talk aku fail bab bab pujuk memujuk ni. Sayang kawan punya pasal kena lah pujuk jugak. Ukhwah itu perlu dijaga. Am I right?

Setelah hampir dua jam berjalan ke sana ke sini. Dari satu kedai ke satu kedai. Kaki pun dah penat berjalan. Naik longgar skru kaki aku mengikut rentak si Paan yang cerewet. Akhirnya kami memilih untuk melegakan tekak disalah sebuah café berdekatan yang ada disitu. Aku lebih selesa memilih untuk duduk di bahagian paling hujung café. Senang nak cuci mata. Ragam manusia kan pelbagai. Sesekali kot-kot terserempak dengan crush aku ke. Seronok weyh.

Eh kejap! Cakap pasal crush ni. Boleh buat aku jadi kurang siuman lah. Sebab automatik mulut aku akan tersenyum sampai ke telinga atas sikit. Bayangkanlah. Hahaha!

“Hello!”

“Senyum sorang sorang. Kau gila ke? Baru aku ajak teman beli barang untuk majlis pertunangan aku kau dah jadi macam ni. Nak gila pun tunggu lah lepas aku kahwin. Aku kan dah hire kau aspengapit tak bergaji,”

“Jangan buat-buat lupa ye.”

Kacau daunlah Paan ni. Baru nak berangan ingatkan crush aku dulu. Spoil mood je. Tahulah kau nak tunang. Hurmmm… Lepas je aku habis belajar dulu, ada lah dalam enam bulan macam tuh, langsung tak nampak dah lelaki yang pernah buat hidup aku jadi lebih ceria. Mana tak nya, aku berani cakap lah setiap yang msuk Ipt atau mana mana tempat pengajian mesti ada pasang crush punyalah. Bohong sungguh kalau buat soal selidik nak kata tak da. Kerat jari lah wei kalau nak menipu sekalipun.

“Jat, kau ingat tak lagi dengan Hameed ?” Muka manis nya ku tenung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience