Awak malam ni kita jumpa nak? Saya tunggu awak dekat tempat biasa. Ada benda nak cakap.
Pesanan ringkas yang ku terima darinya ku abaikan. Ajak jumpa konon. Pergi lah keluar dengan awek cun melecun kau tuh. Apalah sangat aku ni kalau nak dibandingkan dengan awek kau.
Tepat waktu yang dijanjikan aku bersiap ala kadar menuju ke café yang dimkasudkan. Asalnya memang liat aku nak pergi, tapi dek kerana si Paan yang beriya-iya suruh aku pergi minta kepastian dari mulut Hameed. Aku pergi.
“Kau nak jumpa aku asal?” selamba je aku bahasa kan diri macam tuh. Baru padan muka dia.
“Saya ada benda nak cakap dekat awak,” Hameed memulakan bicara. Sedikit pun tidak terkesan dihatinya dek percakapan Salwa.
“Nak cakap sikit konon. Aku tau kau nak cakap yang kau dah ada awek kan. Lagi cantik dari aku. Lepastuh kau nak cakap yang lepas ni kita takyah berhubung lagi kan. Awek kau jeles kan.” Bertalu-talu ayat keluar dari mulut aku. Mana aku sebat semua ayat tuh pun aku tak pasti. Rasanya sebelum aku keluar tadi, aku tak ada pulak makan buntut ayam.
Hameed hanya mampu mendengar sebutir sebutir percakapan gadis dihadapannya. Dia sedar akan silapnya kerana tidak berterus terang tentang perasaan yang menyukai gadis tersebut sejak pertama kali bertemu sebulan yang lalu. Cuma dia sahaja yang slow dalam hal-hal yang mellibakan hati dan perasaan.
“Awak cakap saya dah ada awek?” berkerut-kerut dahinya tatkala mendengar tuduhan Salwa.
Eh! Eh! Tanya kita pulak. Sudah terang lagi bersuluh. Apa kau nak aku suluh kau pakai lampu kalimanyang agaknya. Tak nak mengaku konon. Lelaki.
“Buat-buat tak tahu pulak. Ni bukan awek kau?” bayangkan lepas aku tunjuk pic dia dengan perempuan merangkap awek dia, dia boleh gelak. Makin panas hati gua. Aku tengah serius dia boleh gelak. Lawak sangat agaknya.
Share this novel