“Harini Salwa nak keluar dengan Paan. Paan ajak Salwa teman dia pergi mall. Kan dia nak bertunang. Bertuah Paan kan bu. Ada jugak orang nak kat dia.” Sisa baki makanan dalam pinggan ku habiskan.
Senyuman ala ala kambing tak ada gigi ku pamerkan sebaik sahaja ayat terakhir meluncur laju dari bibirku. Perkara wajib bagi aku untuk kasi tahu ke mana sahaja aku ingin pergi. Bimbang akan keselamatanku barangkali. Malas nak fikir panjang buat stuck otak je, aku anggap lah keperihatin seorang ayah dan seorang ibu terhadap kurnianNya.
Laju kaki aku melangkah memasuki pusat membeli belah yang terdapat di kota yang sedang pesat membangun. Bukan pasal tuh yang aku nak sampaikan sebenarnya. Apa yang pasti aku dah lambat setengah jam daripada waktu yang dijanjikan. Matilah aku. Mesti Paan berbulu habis sebab tunggu lama-lama macam ni.
“Woi!” sergahku ketika Paan sedang leka membelek telefon pintarnya. Apa lagi kalau bukan tengah mesej dengan pakwe celup dia yang tak berapa indah nak dipandang. Eh! Silap. Maksud aku bakal tunang seterusnya bakal suami dia. Sempat lagi mengutuk.
Sedikit terangkat bahu sahabatku. Telefon yang dipegangnya hampir terpelanting mencium lantai yang tak berapa bersih. Hampir oke hampir. Kalau tak hampir terus jatuh dan melayang duit aku nak ganti fone yang baru untuk dia.
Pheww! Selamat.
“Weyh kau ni kan. Buat aku terkejut je. Kalau aku ada sakit jantung tadi macam mana. Boleh gugur tahu tak.” Marahnya. Dia ni kes lain sikit. Kalau bercakap tangan tak reti duduk diam. Asyik nak angkat sana sini je. Jenuh nak mengelak. Puncanya? Mungkin nak jadi pidato terkenal tak kesampaian. Sadis.. sadis..
“Alaaa.. kau ni pun satu. Kalau gugur kau tukar baru je lah. Demi kau wahai sahabatku, belahlah dadaku. Lihatlah betapa tingginya kasih sayang ku padamu. Ambillah jantungku,”
“Dramatik lah sangat.”
Share this novel