BAB 5

Romance Completed 3047

“Salwa mari duduk sini kejap. Ayah ada benda nak bincang.”

Tak lain tak bukan. Jangan dia suruh aku ikut dia kerja sudah lah. Boleh demam setahun macam ni. Tak minta nak sakit. Dek kerana feelnak kerja tak sampai lagi. Pantang aku kalau kena paksa buat sesuatu yang aku tak suka.

“Esok ikut ayah pergi ofis. Ayah nak kenalkan kamu dengan semua orang.”

Terbuntang biji mata aku bila dengar sebutir sebutir ayat yang keluar. Laju macam keretapi cakap. Nak bernafas pun tak sempat.

“Alaaa.. Salwa ma..”

“Kamu jangan nak bagi alasan lagi. Asyik dengan malas kamu. Sampai bila?”

“Tengok kawan kamu tuh. Ada kerja. Siap nak kahwin lagi. Kamu apa ada? Asyik nak berseronok sana sini. Sedar lah sayang umur awak tuh makin meningkat. Atau kamu dah tempah nama nak jadi anak dara tua.”

“Bila nak bagi kami cucu?”

Cucu! What. Ya Allah ibu ni. Calon pun terkapai-kapai lagi. Samar je tak nampak. Crush pun tak sudi pandang belakang. Yelah kan kalau crush aku toleh sikit mesti nampak bayang aku yang sentiasa mengejar cintanya. Ceh! Angan tak sudah. Alih-alih terus mintak cucu. Ingat macam order pizza ke. Sebut je terus sampai delivery nya.

Fikir fikr balik memang ada betulnya kata ibu dengan ayah sebentar tadi. Duhai Salwa Nadrah sampai bila kamu nak terus buang masa.

Lilitan terakhir selendang ku kemaskan. Lebih selesa mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna coklat. Kini aku telah siap sedia melangkah menuju ke sesuatu tempat yang tidak asing lagi bagi aku. SH holding. Tempat dimana ayah aku mencari rezeki selama ini.

“Kenalkan Salwa. Satu-satunya anak perempuan tunggal yang saya ada,” pantas tangannya menunjuk ke arah aku berdiri. Puas jugak lah aku nak senyum. Naik krem mulut senyum sana sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience