BAB 1

Romance Completed 3047

Nama aku Salwa. Aku merupakan satu-satunya anak tunggal kepunyaan ibu dengan ayah aku. Disebabkan aku tak ada adik beradik yang lain, so semua orang dalam rumah ni memang sayang sangat dengan aku. Semua tak bermaksud ramai pun.

Adalah dalam tiga orang termasuk pembantu rumah aku Bik Tini. Aku pesan awal-awal kat hangpa semua. Nampak je aku macam ni, tapi aku tak manja. Umur dah cecah 20-an tak kuasa heh nak manja tak bertempat.

Cuma kadang-kadang tuh kena lah jugak. Aku lebih suka perangai gila gila. Asalkan aku tak jadi gila akhirnya. Hehehe!

“Morning ning ning ibu ayah.”

“Sedap nya Bik Tini masak. Kalau macam ni hari-hari boleh gemuk macam tong drum lah Salwa.” Ujarku mesra.

“Banyak lah kamu punya morning. Tak reti tengok jam dah pukul berapa baru nak bangun. Suka sangat tidur lewat malam lepas tuh bangun bila matahari dah terpacak atas kepala,”

“Elok sangat lah anak dara bangun tengahari macam ni. Muka kamu ibu tengok tak ubah macam orang hilang anak je. Serabut sana sini,”

“Buat susah je kami hantar belajar tingi-tinggi tapi bila suruh kerja pemalas nauzubillah,” Puan Mardiah membebel tatkala mengenangkan sikap Salwa.

Haaa! Ni ibu aku. Satu dalam sejuta. Memang tak da pengganti langsung dihati ni. Ada ke patut dia kata aku serabai macam orang hilang anak. Ish! Tak patut tau. Suka sangat jadi Dj tak bergaji. Tak penat agaknya. Kes angan tak kesampaian lah ni. Maklumlah suri rumah terlebih masa semenjak sebumbung dengan ayah 35 tahun yang lepas. Wuuuu! Lamakan?

Nasib lah ayah aku jenis yang chill lek je. Sekepala dengan aku. Ada masa je yang tak sekepala. Tak sekepalanya bila dia mula bagi ceramah free kat aku lepas tuh selitkan pasal syarikat ea. Bayangkan kalau dua-dua sekongkol bebel kat aku pagi petang siang malam macam mechine, boleh padam awal lah gamaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience