BAB 4

Romance Completed 3047

Ligat otak Paan memikrkan siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Salwa. Setelah lama memejamkan mata. Konon-konon nak ingat lah tuh. Entah apa yang difikirkan dalam otak sampai Hameed pun dia tak ingat. Takkan nak ingat si Zarul dua puluh empat jam je. Bagi ruang sikitlah nak ingat pujaan hati aku jugak.

“Hameed ? Hameed ? Hameed ?” terangkat-angkat kening minah ni dah serupa The Rock si ahli gusti tu.

“Susah betul kau nak ingat. Ada amnesia ke? Dah nyayuk. Mari aku bawak kau jumpa doktor,” perli ku sesudah sahaja dia mengulangi nama tersebut sebanyak tiga kali.

“Ewahhh. Suka suki je kata macam tuh heh. Aku ingat lah. Hameed yang tinggi lampai mengalahkan pokok kelapa yang dah tua tuh kan. Yang awek dia cun melecun macam model kan? Betul tak betul tak?” eeee! Mentang-mentang dah ingat habis semua kau nak cakap. Pasal awek takyah lah cakap. Aku karate kau karang baru padan muka.

Malam yang sunyi lagi sepi. Bosan memang bosan sebab aku takda geng nak ajak gaduh daalm rumah ni. Karang kalau aku ajak ibu ayah aku wrestling, sia-sia je orang kata aku ni anak derhaka pukul mak bapak sendiri. Nak taknak menghadap laptop je lah.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Salwa kamu buat apa. Dok tenung je lp kamu macam tuh, apa dapat?”

Laaaa.. Sejak bila pulak ibu muncul ni. Aku mengaru-garu kepala yang sedikit gatal. Time camni lah nak gatal bagai. Bukan apa. Nanti mesti ibu kata aku mandi tak cuci rambut. Oh my!

“Jorm ikut ibu turun bawah.”

Turun bawah pulak. Baru nak terbungkang macam buaya kekenyangan. Buaya mana aku sebat pun tak pasti. Apa yang pasti bentuk rupa buaya aku pernah tengok selalu sangat. Dalam tv kan ada. Cuma buaya yang aku cakap belum pernah lagi keluar kat tv so aku tak tahu lah rupannya. Mungkin macam aku ni. Hahaha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience