“Mulai harini dia merupakan salah seorang tulang belakang syarikat. Saya harap kamu semua beri tunjuk ajar kepada dia,” whoaaaa! Karisma habis weyh ayah aku masa dia cakap macam tuh. Kembang semangkuk aku dengar.
Tulang belakang syarikat. Ayoyo. Akhirnya nak tak nak aku memang dah kena kerja. Wahai hati terimalah kenyatan zaman kau bersenang lenang dah tamat. Suruh aku kerja tapi satu tugasan pun tak bagi aku buat. Boringnyaaaa. Dari tadi asyik tengok ayah aku buat kerja je.
“Assalamualaikum,” satu suara memberi salam dari arah belakang.
Salam dijawab serentak. Familiar suara yang bagi salam ni. Dari gaya si pemberi salam. Nampak gayanya lelaki. Haaaa! Mustahil. Aku memang kenal sangat suara ni. Waduh dia duduk sebelah aku pulak. Nak pandang ke tak. Nak ke tak. Hish!
“Salwa dari tadi dok tunduk je. Ayah kenalkan kamu dengan Eksekuti bahagian pemasaran.”
“Hameed ni anak saya. Salwa Nadrah. Seingat saya kamu dari universiti yang sama. So impissible tak kenal,”
Sah! Tak lain tak bukan ni memang crush yang ku idam-idamkan dari sem satu. Ya Allah hebatnya perancangan mu. Kecilnya dunia. Putar-putar jumpa jugak aku dengan dia. Kaku lah pulak. Segan woi. Kenapa lah dari awal lagi ayah dengan ibu tak suruh aku kerja lebih awal. Rilek Salwa rilek. Jangan gelojoh. Kita kawan dulu.
Biasanya asyik aku je yang kena dengar cerita si Paan. Sekarang giliran dia pulak. Yeah! Tak sabar aku nak bagi tahu. Sebaik sahaja butang hijau ditekan. Kedengaran suara si pemanggil bercerita dengan penuh semangat. Aku puas sebab dapat kongsi apa yang aku rasa dengan satu-satunya sahabat karibku.
Sepanjang tempoh kami kenal, apa yang aku dapat rumuskan Hameed ni agak malu-malu kucing sikit. Beza jauh dengan aku yang tak tahu malu ni. Hahaha! Maksud aku malu biar bertempat. Tapi tak bermakna aku tayang semua perangai buruk aku kat dia. Hanya si ‘dia’ yang halal je boleh rasa. Pernah jugak aku keluar makan angin sampai kembong dengan dia. Sweet kan? Pantang nampak dia je mesti aku senyum. Aku rasa bukan aku sorang je yang feel. Lagipun dia pernah cakap dia selesa kawan dengan aku.
Share this novel