BAB 5

Romance Completed 15525

Semenjak dari peristiwa itu Lily yang dahulunya suka berjenaka banyak mendiamkan diri. Dia banyak menghabiskan masa dengan membaca atau pun menyiapkan kerja rumah. Walau pun begitu Syafiq masih lagi tidak serik untuk mengusik Lily. Namun itu tidak mematahkan semangat Lily. Hubungan Lily dan Syafiq dingin. Tidak sepatah perkataan yang meluncur dari bibir Lily untuk Syafiq. Dia tidak pernah bertegur apa lagi untuk berborak. Hatinya kini mula menjadi batu.

Lily masih lagi menikmati roti sardin yang dibawanya tadi. Namun dia dapat merasakan ada sesuatu yang kurang pada hari itu. Tiada kedengaran suara Syafiq. Lily memandang ke belakang. Kelibat Syafiq mula dicari. Sakitkah dia? Lily tahu walau Syafiq agak nakal di sekolah namun dia tidak pernah memonteng sekolah.

“Apa yang kau cari tu?” Tanya Yati sambil matanya sempat memandang ke belakang.

“Aman rasanya bila aku tak dengar suara si Syafiq tu lagi.” Yati tersenyum dengan kejujuran kata-kata Lily itu. Yati percaya Lily masih belum tahu akan perihal yang sebenarnya.

“Aku rasa lepas ni tak adalah orang nak ejek dan kutuk kau lagi.” Tersentak Lily mendengarkan penjelasan Yati itu. Dia memandang ke arah Yati dan sedia menantikan cerita yang selanjutnya.

“Syafiq dah pun pindah. Semalam adalah hari terakhir dia di sekolah ni. Aku ingatkan kau tahu pasal ni.” Lily menggeleng. Kini barulah dia sedar mengapa Syafiq begitu diam semalam. Kini, dia sudah berada di sekolah yang lain. Menurut Yati Syafiq telah pun berpindah ke luar negara kerana mengikut ayahnya yang bekerja di kedutaan. Lily memandang ke arah kerusi kosong milik Syafiq. Kini sedar yang dia pastinya rindu dengan usikan Syafiq walau pun kadang-kala menyakitkan hatinya.

“Kenapa aku tak tahu?”

“Macam mana kau nak tahu, asal dia buka mulut kau larikan diri. Asal dia nak cakap kau buat tak tahu. Kesian dia. Dari minggu lepas dia nak cakap dengan kau. Tapi kau buat tak layan je. Hah, sekarang siapa yang mencari? Kau juga yang mencari.”

“Maaflah Yati. Kau pun satu. Tak beritahu dengan aku pun.”

“Sudahlah. Lagi pun dia dah jauh. Entah bila dia akan balik ke Malaysia. Semalam sebelum balik dia ada berikan kau sesuatu. Dia cakap dia akan cari kau kalau dia pulang ke Malaysia kelak. Bukankah aku dah kata. Dia suka dengan kau. Dia usik kau saja nak curi perhatian kau. Ini dia.” Yati mengeluarkan satu bungkusan dan menyerahkan kepada Lily. Lily mencapai dan bungkusan biru itu ditatap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience