BAB 1

Romance Completed 15525

Lily berlalu dari satu bangunan ke bangunan untuk sampai ke kelas. Sebelum itu sempat juga dia singgah di kantin untuk membeli kuih kegemarannya iaitu karipap. Sungguh pun dia sudahpun menjamu selera dengan nasi lemak namun karipap adalah desertnya setiap pagi. Lily akhirnya sampai ke kelas dan yang pastinya dia terus melakukan tugasan seperti biasa. Walau pun bukan dia yang bertugas hari itu, namun dia selalu ringan tulang untuk memastikan kelasnya sentiasa bersih. Lily mencapai penyapu dan lantas menyapu lantai bermula dari meja guru. Walau bagaimana pun karipap yang berada di tangan masih lagi tidak dilepaskan. Mulutnya sentiasa menguyah.

Keriuhan kelas akhirnya membuatkan Lily merasa rimas. Mahu tidak, lantai yang tadinya bersih tiba-tiba dipenuhi dengan sampah dan kertas. Rasanya mahu saja dia menjerit meluahkan rasa geramnya. Siapa yang tidak marah kalau kita penat-penat buat kerja orang lain pula yang buat onar. Lily memandang ke arah Syafiq yang sedang mengunyah gula-gula getah sambil membuang sampah ke atas lantai. Sambil itu Syafiq tertawa mendengarkan cerita yang dibawa oleh Firdaus, merupakan tok dalang di dalam kelas tersebut. Mulutnya tidak pernah berkunci. Ada saja cerita yang dibawanya. Manakala Syafiq pula merupakan pelajar paling pintar di dalam kelas tersebut dan juga pelajar yang paling nakal. Selalu sahaja dia mengusik Lily. Ada saja jalannya untuk menyakat Lily.

Lily berdiri di hadapan Syafiq sambil bercekak pinggang. Mahu sahaja dia menjerit kepada Syafiq betapa kurang ajarnya dia. Hinggapkan sampah dalam mulut dia bagus juga ni…

“Hah, ‘doouble Mozza’ kenapa dengan kau ni? Tak cukup lagi ke karipap di tangan sampai kau tenung aku macam nak makan? Maaflah ye. Kalau kau nak ratah aku pun tulang saja. Mana cukup untuk badan kau yang bagai dipam-pam tu. Kalau dah lapar sangat, makan saja penyapu tu. Lagi kenyang.” Seloroh Syafiq.

Namun wajah Lily masih lagi masam. Mahu saja dia menghinggapkan penyapu yang dipegangnya di muka kacak Syafiq itu. harap saja muka cantik. Tapi perangai macam hantu!

“Kau tahu tak apa yang kau dah buat?” Tanya Lily sambail mengutip sampah yang bertaburan di atas lantai. Syafiq senyap seola-olah kata-kata Lily itu bagaikan angin lalu.

“Syafiq! Aku tanya kau ni. Kau ni tak dengar ke atau dah pekak? Tak sangka pula muka cantik tapi pekak badak.” Sengaja Lily menaikkan darah Syafiq.

“Aku bukan tak dengar, tapi ada daya aku… aku ni tak layak nak buat kerja kutip sampah seperti mana yang kau buat sekarang ni. Lagi pun bila masa lagi awak tu nak kuruskan badan. Aku peliklah. Semakin banyak yang kerja yang awak buat makin gemuk pula aku tengok kau. Yelah, bila dah penat makan pun dua tiga pinggan dah tak kisah. Ala… bukan berat sangat pun sampah yang aku buang ni. Kalau rasa malas nak kutip jangan kutip. Apa susah.”

“Syafiq, engkau ni kalau satu hari tak susahkan hidup aku tak boleh ke? Cuba satu hari kau senangkan hidup aku. Bukan susah sangat nak buang sampah. Lagi pun tong sampah bukannya jauh sangat dari tempat kau.” Bebel Lily lagi.

Syafiq tidak mengendahkan Lily sebaliknya dia terus berborak dengan Firdaus. Kata-kata Lily bagaikan angin lalu yang singgah cuma seketika di cuping telinganya. Lily mengeluh keras. Dia tahu tiada guna untuk bertegang leher dengan Syafiq kerana yang pasti dia juga yang akan menjadi mangsa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience