BAB 3

Romance Completed 15525

“Bukan sehari, bukan sebulan dia mengutuk aku, Yati. Sudah bertahun. Sejak aku masuk ke sekolah ni. Aku tak tahu apa dosa aku pada dia sampai begini dia buat pada aku. Aku tak ada ejek dia. Aku tak ada kutuk dia.” Nafas Lily terhenti seketika.

“Aku tak tahu apa yang perlu aku buat, Yati. Aku buntu. Bila aku kenangkan balik mahu sahaja aku kerat dia sampai empat puluh empat biar dia rasa. Tapi… nanti kena masuk penjara. Aku tak sabar nak ambil PMR dan aku nak segera pindah dari sekolah ni. Aku dah tak tahan nak bersemuka dengan dia. Tapi… kena tunggu tahun depan. Aku dah tak tahan lagi, Yati.” Luah Lily.

“Sudahlah tu. Aku yakin lama-kelamaan dia akan berhenti mengejek kau. Nanti dia penatlah nak kutuk kau. Biar dia. Kalau kau layan dia lagi suka dia mengejek kau. Kalau kau buat diam nanti tak adalah dia kutuk kau lagi. Yang penting kau sabar jelah.” Pujuk Yati.

“Tapi sampai bila? Sampai bila Yati? Aku dah buntu untuk fikirkannya. Sampaikan nak belajar pun kadang-kala aku teringat dengan kata-kata ejekannya.”

“Entah-entah dia minat demgan kau tak Fika? Orang lelaki ni dia tak suka terus-terang. Dia asyik nak usik kau saja, entah-entah dia ada hati dengan kau.”

“Cis! Tak ingin aku dengan dia tu. Perangai macam hantu. Kalau ada dia suka dengan aku lebih baik aku berkawan dengan ‘Pian Skema’ tu. Ada juga faedahnya. Dari berkawan dengan budak pelesit tu. E…. selisih. Englau ni jangan cakap yang bukan-bukan.” Yati ketawa apabila mendengarkan kata-kata Lily itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience