BAB 10

Romance Completed 15525

“Bukalah, Lily akan tahu segalanya.” Lily membuka pemberian itu dengan perlahan. Alangkah terkejutnya apabila dia melihatkan songket biru di tangan kananya. Ya! Hanya Syafiq saya yang mengetahuinya.

“Syafiq! Kau?” Syafiq mengangguk. Air mata Lily ketika itu murah untuk menghiasi wajahnya. Dia tidak menyangka harapan untuk dia bertemu kembali menjadi satu kenyataan. Betullah tadi itu suami Harnani.

“Maafkan aku, Lily kerana terlalu lama untuk mencari kau. Aku tahu kau masih lagi setia. Aku menyukaimu sewaktu pertama kali kita bertemu. Mungkin aku keterlaluan ketika itu namun hanya itu saja jalan untuk aku terus rapat denganmu. Dan akhirnya dengan kenakalan aku kau masih lagi ingat pada aku. Kali ini aku pulang adalah untuk selamanya. Aku rindu padamu ketika aku jauh diperantauan. Bila mendengarkan kau adalah rakan kepada bakal adik iparku aku rasa segala impianku akan menjadi kenyataan.” Sekali lagi Syafiq mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya. Kotak kecil baldu biru dibuka perlahan.

“Kali ini aku tidak mahu mengusik dan mengenakan kau lagi. Aku meminta izin darimu. Cukuplah aku menderita selama ini. Bukankah kau pernah berkata padaku ‘bilakah masanya untuk aku memberi senang?’ nah, sekarang inilah masanya. Lily, dengan setulus hati aku ingin bertanya kepadamu…. Sudikah kau menjadi isteriku?” Lily memandang tepat ke wajah Syafiq. Wajah itulah yang selama ini dirinduinya. Wajah itu jugalah yang sering dinantikan. Syafiq menggengam erat tangan Lily. Tangan kasar Syafiq jugalah yang menyeka air mata Lily.

“Syafiq tak malu ke beristerikan saya? Saya bukankah gemuk?”

“Wajah dan fizikal bukan ukuran. Yang penting adalah hati. Bukankah Syafiq sudah beritahu awal-awal dengan Lily yang Syafiq mula suka dengan Lily sejak kita dibangku sekolah lagi? Lagi pun Lily dah tak gemuk lagi. Masakan wanita cantik ini tidak pernah dipinang selain hatinya sudah dimiliki? Lepas ni saya tak akan lepaskan Lily dan untuk kali terakhir kalau Syafiq nak buli Lily boleh?” Berbular biji mata Lily mendengarkannya.

“Lepas ni Syafiq nak buli Lily supaya panggil Syafiq ‘abang’. Abang tak kira Lily nak atau tak nak. Boleh tak?” Lily tersenyum memandang Syafiq. Dia mengangguk perlahan dan tunduk malu. Harapannya mula berbunga. Impiannya kini menjadi satu realiti. Macam manalah dia tidak perasan nama bapa di dalam kad kahwin Harnani. Mat-mati dia ingat Syafiq yang bersanding. Bodohnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience