BAB 6

Romance Completed 15525

Lily menghempaskan badannya di atas katil. Dia merenung hadiah pemberian Syafiq dan segera dicapainya. Syaika membuka hadiah tersebut dan mencapai kotak baldu biru yang dibalut kemas. Dia membuka kotak itu dan dia terpesona dengan kerongsang berbaldu biru. Cantik dan menarik. Lily membuka warkah pemberian Syafiq.

Assalamualaikum…..

Lily aku minta maaf seandainya aku banyak melukakan hatimu. Aku selalu mengejek dan menghina. Aku sedar yang perbuatan aku ini tidak boleh dimaafkan namun aku terus menggagahkan diri untuk meminta maaf seandainya selama ini aku banyak menyinggung perasaan. Aku akan berpindah ke luar negara dan aku kembali jua ke tanah air ini. Namun hanya masa yang akan menentukan bilakah aku akan pulang. Apa yang pasti setelah aku sampai aku akan mencari kau dan aku akan meminta maaf dengan bersemuka denganmu. Perjalanan kita masih lagi jauh. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh agar apa yang dicapai akan menjadi satu kenyataan. Sesungguhnya, jika ada jodoh kita akan bertemu lagi. Mungkin sebulan, setahun, atau pun mungkin sepuluh tahun? Kita pun tidak tahu. Hanya tuhan yang mengetahuinya. Untuk terakhirnya aku ingin menucapkan semoga berjaya dan berbahagia selalu. Apabila pertemuan kita yang akan datang nanti akan aku hadiahkan pula songket biru untukmu.

Yang Ikhlas,

Syafiq.

Lily melipat semula surat dan meletakkannya di atas meja. Ingatannya serta-merta teringatkan Syafiq. Ya, Syafiq selalu mengejek dan mengusiknya. Adakala dia gembira dengan usikan Syafiq dan adakala dia terasa dan sedih. Nampaknya, selepas ini tiada siapa yang akan mengusiknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience