BAB 9

Romance Completed 15525

Majlis perkahwinan selesai. Harnani masih lagi dikamarnya untuk menukar baju. Lily masih lagi berada di balai sambil melayani perasaan. Dia masih lagi sangsi dengan wajah seiras suami Harnani. Dia dapat merasakan bahawa wajah seriras itu bukannya Syafiq.

“Assalamualaikum,” Lily berpaling. Wajah itu mula muncul kembali. Dia mati kata-kata. Dia cuba mengamati wajah itu.

“Ini Lily ke?” Lily mengangguk tanpa disuruh. Lidahnya masih lagi kelu. Dia mula rasa tidak selesa. Dia mencari kelibat Harnani.

“Cari siapa?”

“Nani mana? Tak manis kalau awak ada di sini. Nanti kalau Nani tahu apa pula kata dia.” Lily mula menjauhkan diri. Dia tidak mahu Harnani tersalah sangka.

“Dia tak kisah.” Kata-kata itu membuatkan Lily terkejut. Betapa beraninya dia!

“Maafkan saya.” Lily mula mengorak langkah namun belum sempat dia meninggalkan tempat itu tangannya digenggam erat. Tatkala itu Harnani muncul dari dalam.

“Nani! Aku tak buat apa-apa. Ini bukan seperti apa yang kau sangkakan. Aku tak kenal dia. Dia yang pegang tangan aku dulu.”

“Habis tu? Kau nak suruh aku buat apa?”

“Kenapa ni sayang?” Lily terkesima. Dua wajah yang serupa?

“Entah si Lily ni. Engkau kenapa? Apa kena dengan kau?” Berkerut wajah Harnani melihatkan reaksi Lily yang terpinga-pinga.

“Ini bukan suami kau ke?” Lily berpaling. Serta-merta berderai tawa Harnani apabila mendengarkan persoalan Lily itu.

“Cik akak sayang oi….. suami aku di sebelah nilah. Yang pegang tangan kau tu adalah abang dia. Mereka ni adik-beradik. Memang wajah mereka seiras. Dan aku mula-mula dulu pun pernah tertipu dan sekarang, kau pula. Aku tak tahu, Fika nampaknya dia berminat dengan kau.” Harnani menarik tangan suaminya dan meninggalkan Lily.

“Lily masih lagi tidak mengenali saya?”

“Maafkan saya, hati saya adalah milik orang lain.” Lily mula bertindak keras.

“Adakah ianya orang yang berkait rapat dengan kerongsang baldu biru itu?” Lily memandang ke arah kerongsang yang terlekat di dada. Dia mengangguk tanpa disuruh.

“Adakah Lily masih lagi menantikannya dan setia seperti mana ianya tersemat di dada dan di hati?” Lily memandang ke atas. Dia mengangguk sekali lagi.

“Alangkah bertuahnya dia apabila mengetahui Lily masih lagi setia.”

“Untuk apa awak nak tahu? Hanya dia saja yang mengetahuinya. Dan dia pernah berjanji.”

“Saya pasti yang dia tidak akan memungkiri janji.”

“Siapa awak yang sebenarnya?”

“Saya akan perjelaskan nanti.” Akhirnya Lily ditinggalkan keseorangan dengan penuh tanda tanya. Tidak lama kemudian dia dikejutkan dengan pemberian hadiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience