BAB 6

Drama Completed 421

“Maaf Afiq. Beri saya masa. Saya telah kehilangan tunang
saya untuk selamanya. Saya takut untuk menerima sesiapa. Saya nak balik.
Saya nak tenangkan fikiran saya. Maaf lagi sekali”.

Afiq berasa sedikit kecewa kerana belum mendapat jawapan
tetapi dia akan memberi ruang dan masa untuk Afrinaberfikir lebih baik.
Dia harap dia dapat menggantikan bekas tunang Afrina. Dia terus
menghantar Afrina pulang semula ke hotel.

Afrina terus hempapkan badannya di katil dan menangis. Encik
Kamal dan Puan Suraya hairan melihat anaknya tiba –tiba sahaja menangis.
Mereka terus memujuk Afrina.

“Kenapa ni sayang? Siapa buat Rina macam ni? Afiq ke? Apa
lelaki itu dah buat sampai Rina menangis ni? Cerita dekat papa dan
mama”. Encik Kamal geram dan ingin pergi berjumpa Afiq. Afrina terus
memeluk mama dan papanya.

“Afiq melamar Rina tadi. Dia nak Rina jadi isteri dia. Tapi
Rina tak bersedia lagi. Rina takut apa yang jadi kat arwah akan jadi
lagi sekali. Afiq ikhlas cintakan Rina. Rina dapat lihat keikhlasan
dalam mata dia tapi Rina belum bersedia”.

Encik Kamal dan Puan Suraya saling berpandangan. Cinta
memang tidak boleh dipaksa tetapi cinta lama harus dilupakan untuk
meneruskan hidup. Mereka tidak mahu memaksa Afrina. Biarlah Afrina
membuat keputusan sendiri.

“Rina tidurlah sayang. Tenangkan fikiran tu. Esok kan kita
nak balik dah. Jangan fikir sangat pasal tu. Ingat semua ni Allah dah
tentukan. Kita tidak tahu apa akan terjadi nanti”.

Sedang asyik mengemas pakaian untuk pulang, tiba – tiba
terdengan bunyi ketukan pintu. Encik Kamal membuka pintu dan terkejut
melihat Afiq di hadapannya itu. Dia berasa pelik kenapa Afiq datang pagi
– pagi ini.

“Maaf pakcik. Saya bukan nak menganggu pakcik dan keluarga
pagi – pagi ni. Tetapi saya nak jumpa Afrina untuk kali terakhir. Boleh
ke pakcik? Sekejap pun jadilah. Saya jumpa di sini saja”. Encik Kamal
hanya mengangguk dan memanggil Afrina. Afrina terkejut melihat Afiq
berada di hadapannya.

“Saya minta maaf ganggu awak pagi –pagi ni. Saya tahu awak
nak balik dah kan. Sebelum tu, saya nak bagi awak sesuatu. Ambil lah
kunci dan kotak ni. Saya nak awak bukak kotak ni gunakan kunci ni. Hanya
awak saja boleh bukak kotak ni. Saya minta maaf dah ganggu awak.
Assalamualaikum”.

Air mata Afrina mengalir setelah Afiq berlalu pergi. Dia
duduk di atas katil dan melihat kunci yang diberi oleh Afiq. Kunci itu
sangat comel dan kotak itu hanya kecil. Afrina membuka kotak kecil itu
menggunakan kunci comel itu. Dia sangat terkejut melihat sebentuk cincin
di dalamnya dan kad terselit di sebelah cincin itu.

Dia umpama bidadari. Dia hadir tanpa ku sedari tanpa ku
jangka. Adakah dia jodohku? Dia adalah temanku, kekasihku, syurgaku. Aku
mencintainya kerana Allah.

Afrina mengalir air mata tanpahenti. Puan Suraya melihat kad
dan cincin itu terus memeluk Afrina. Nalurinya mengatakan bahawa Afiq
adalah lelaki yang baik dan ikhlas mencintai anaknyaitu.

Afrina menolak bagasi sambil hatinya berat untuk pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience