Satu tahun sudah berlalu. Kini, dia telah mengambil alih
tempat Encik Kamal. Encik Kamal memberi kepercayaan kepadanya. Afrina
bertungkus lumus dan berusaha untuk memajukan syarikat ayahnya itu.
Kehidupan kembali bahagia seperti dulu. Dia sudah melupakan apa yang
terjadi. Dia kembali tersenyum dan lebih memikirkan masa depannya. Cuma
dia masih belum jumpa pengganti arwah tunangnya itu.
Afrina membawa mama dan papanya pergi bercuti di Pulau
Pangkor sempena kenaikan pangkatnya. “Mama dan papa duduk lah dalam
bilik ini. Boleh rehat. Rina nak pergi jalan tepi pantai dulu”. Mereka
mengangguk. Afrina berjalan di tepi pantai dan dia berasa sangat tenang
melihat ombak pantai itu.
Pammm ! Tepat bola itu terkena kepala Afrina. Ish ! Siapa
yang main bolani? Sampai terkena kepala aku! Afrina tercari – cari
siapa pemilik bola tersebut .Dia ingin memarahi orang tersebut kerana
tidak menghormati pengunjung lain yang datang ke situ.
“Cik, saya mintak maaf cik. Saya tak sengaja tendang bola tu
sampai terkena cik. Mintak maaf ye cik”. Afrina terus berpaling ke arah
lelaki itu. Lelaki itu terpana melihat Afrina. Cantik juga minah ni.
Afrina pelik melihat lelaki itu tidak berkelip memandangnya.
“Yang awak pandang saya tak berkelip kenapa? Ni bola awak
kan? Lain kali kalau nak main bola tu berhati lah sikit! Hormat orang
lain juga! Nah ambil bola awak ni!”, Afrina membebel sambil mencampak
bola itu. Dia ingin berlalu pergi tetapi lelaki itu tetiba menjerit
memanggilnya.
“Hey ! Kita belum kenalkan diri. Saya Afiq. Nama awak
siapa?”. Afrina terus pergi tanpa menjawab pertanyaan lelaki yang tidak
dikenali itu. Afiq tersenyum dan dia dapat rasakan sesuatu didalam
hatinya. Adakah dia sudah jatuh cinta pada perempuan yang tidak
dikenalinya itu?
“Eh Afiq ! Yang kau tersengih nikenapa? Macam orang jatuh
cinta je”. Fariz pelik melihat kawan baiknya itu tersenyum seorang diri.
“Aku rasa aku dah jatuh cinta. Kau tahu dia tu cantik,matanya bulat,
hidungnya mancung, tinggi macam model. Tapi dia sombong dan garang. Aku
harap dapat jumpa dia lagi”. Fariz menggelengkan kepala. “Dah dah !
Simpan je angan kau tu. Entah entah dia tu bini orang ke mak orang ke.
Dah jom pergi makan. Aku lapar sangat ni !”.
Afrina makan malam di hotel tersebut bersama mama dan
papanya. Nasi putih, sotong goreng tepung, ketam bakar dan sup cendawan.
Menu istimewa untuk mereka. “Mama papa, Rina nak pergi sup itu lagi ye”.
Sesudah dia mengambil sup itu dan dia berpaling sahaja, PAPP ! Sup itu
tertumpah di atas baju seorang lelaki. Semua mata memerhatinya.
“Maaf encik. Saya tidak sengaja. Saya mintak maaf ye”.
Afrina terus mengambil tisu yang berhampiran itu dan mengelap tumpahan
itu. “Lain kali hati – hatilah sikit! Mata tu letak kat mana?”. Afrina
yang terkejut mendengar marah itu berasa geram dan terus memandang
lelaki itu.
Share this novel