Adakah dia sudah bersedia menerima Afiq? Terbukakah pintu hatinya untuk
menerima lelaki lain menggantikan arwah tunangnya.
Dia terkedu melihat Afiq berada dihadapannya. Afiq hanya
tersenyum namun hatinya tersimpan beribu kesedihan. Dia berharap agar
Afrina dapat menerima lamarannya. Afrina pergi ke arahnya.
“Ini kunci dan ini kotak. Dalam dia ada cincin dan kad.
Kunci ini sudah buka pintu kotak cinta ini. Dan kunci ini juga telah
membuka pintu hati saya. Ini kunci cinta telah membuka pintu kotak cinta
dan hati seorang gadis yang telah lama terluka. Sepi tanpa cinta. Dan
kini gadis itu telah membuka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki
yang ikhlas menerima dan menunggunya”.
Afiq mengalirkan air mata gembira. Dia bersyukur sangat
Afrina telah membuka pintu hatinya. Encik Kamal dan Puan Suraya gembira
melihat anaknya itu kembali tersenyum. Mereka yakin bahawa Afiq dapat
menjaga anaknya sebaik mungkin seperti mereka menjaganya.
“Terima kasih sangat Afrina. Akhirnya Allah dah makbulkan
doa saya. Kalau macam tu jom pergi kahwin sekarang. Takut nanti terlepas
lagi”.
Afrina ketawa melihat telatah Afiq. Dia menunjukkan ke arah
mama dan papanya.
“Ehem ! Kalau nak masuk meminang anaknya, kena minta restu
ibu bapanya dulu ye. Ada terpacak kat sini”. Encik Kamal bergurau dengan
bakal menantunya itu. Mereka semua ketawa gembira.
Cinta yang lama menjadi kenangan dan kini cinta yang halal
akan berkekalan sehingga ke syurga. Kita hanya merancang tetapi Allah
yang menentukan segalanya. Yang pergi tak akan kembali dan akan
digantikan dengan yang lebih baik. Itulah kunci cinta dari Pencipta yang
sebenar.
Share this novel