“Ini semua salah kau ! Kalau anak aku tak pergi ambil kau di airport semua ni takkan terjadi. Kau pembawa malang !”, itulah lemparan dari seorang ibu yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya telah pergi menghadap-Nya. Afrina hanya tunduk dan sabar dengan segala lemparan dari Puan Zaiton, ibu kepada tunangnya, Hafizan. Sebelum ini, Puan Zaiton sangat menyukai Afrina tetapi pada hari itu dia membencinya kerana Afrina punca pemergian anak tunggalnya itu.
Update 06 December 2024