Afrina teringat nasihat dari mamanya itu. Dia sedar yang dia
sudah lama tidak solat. Dia sedar yang dia sudah lama tidak membuka Al –
Quran. Dia sedar yang dia sudah lama tidak beribadah. Dia sedar yang dia
sudah tidak seperti dulu. Dia juga merindui dirinya yang dulu. Airmata
mula mengalir.
“Ya Allah. Kenapa dengan aku ni? Aku sudah lama tidak
menunaikan segala perintahMu. Aku sudah lama tidak solat. Aku sudah lama
tidak membaca Al – Quran. Ya Allah”. Dia bermonolog sendirian. Dia
terpandang telekung dan sejadah yang lama tersangkut di ampaian kecil
itu. Dia senyum sendirian.
“Sudah tiba masa untuk aku berubah. Aku kena kuat demi mama
dan papa. Aku juga kena kuat demi arwah. Aku tak boleh terus macam ini
lagi. Ini demi masa depan aku”. Azan Maghrib berkumandang lalu Afrina
terus mengambil wudhu dan solat. Puan Suraya lalu di hadapan bilik
Afrina tersenyum melihat anaknya kini kembali seperti dulu.
“Ya Allah. Ampunilah segala dosaku. Aku telah banyak
melupakanMu selama ini. Kau berikanlah ketenangan dalam hati aku ini.
Kau berikanlah kebahagiaan dalam hidupku ini. Kau berikanlah aku
kekuatan untuk menjalani kehidupan ini. Semoga aku mampu mengharungi
segalaujian dariMU”. Selesai sahaja berdoa, dia membaca Al – Quran
sementara menunggu solat Isyak. Hatinya begitu tenang ketika membaca Al
– Quran.
Selesai sahaja dia solat Isyak, dia turun ke bawah untuk
makan malam bersama keluarganya. “Aik ! Anak papa ni dah mula nak makan
dengan mama dan papa”, tegur Encik Kamal hairan melihat anak
kesayangannya itu makan bersamanya. Sebelum ini, Afrina hanya terperap
dalam bilik sahaja.
“Sudah tiba masa Rina berubah papa.Rina kena teruskan hidup
ini dengan gembira. Rina nak melupakan apa yang berlaku. Semua ini ada
hikmahnya. Kan mama?”. Encik Kamal dan Puan Suraya tersenyum melihat
perubahan anaknya itu. Akhirnya doa mereka termakbul juga.
“Kalau macam itu, esok Rina kena kerja dengan papa boleh?
Esok pagi Rina pergi office dengan papa. Papa akan suruh pembantu papa
tunjuk ajar pada Rina. Lagipun Rina tak buat apa kan duduk rumah?” Encik
Kamal memberi cadangan dan berharap agar Afrina menerimanya.
“Okay papa. Lagipun kalau Rina terperap dekat rumah nanti
teringat kisah lama dan bosan. Baik boss. Saya menerima arahan”, usik
Afrina. Encik Kamal tersenyum apabila Afrina setuju dengan cadangannya.
Puan Suraya gembira melihat perubahan anaknya. Tiga tahun berlalu
biarlah menjadi kenangan. Doanya untuk Afrina akan berterusan.
Afrina memandang album gambar dia bersama Hafizan. Dia ingin
mengalirkan air mata tetapi dia menahan. Dia teringat janji kepada
dirinya bahawa dia akan melupakan semuanya. Yang pergi tidak akan
kembali. Dia harus menerima takdir yangtelah ditentukanNya. Dia
menyimpan album itu di dalam kotak kesayangannya. Dia juga telah memadam
gambar mereka bersama dahulu di telefon pintarnya. Biarlah itu hanya
menjadi kenangan antara dirinya dan Hafizan.
Awal pagi dia sudah bersiap untuk pergi pejabat. Dia sudah
bersemangat seperti dulu. “Ya Allah. Kau permudahkanlah segala urusan
aku hari ini. Mulai hari ini aku akan mulakan kehidupan yang baru. Ye
Nur Afrina binti Kamal yang baru !”. Dia senyum dan terus memulakan
kehidupan barunya.
Share this novel