BAB 5

Drama Completed 421

Afrina berasa geram dan marah. Dia berharap selepas ini dia
tidak akan berjumpa dengan lelaki itu lagi. Dia tidak membenci lelaki
itu tetapi dia geram dengan sikap lelaki itu seolah mengejarnya. Dia
tidak akan jatuh cinta lagi. Biarlah hati itu hanya untuk arwah seorang
sahaja. Dia belum buka pintu hatinya lagi.

Tepat jam 9 malam, Afiq sudah berada di dobi itu. Dia
berharap Afrina sudi keluar makan malam dengannya. Dia ingin mengenali
Afrina dengan lebih dekat. Dia yakin bahawa Afrina adalah jodohnya
walaupun baru berjumpa. Afrina baru keluar dari lif terus mencari Afiq.
Ehem ! Afiq terus berpaling dan terpana. Dia terpegun melihat kecantikan
Afrina malam itu. Afrina mengenakan shawl berwarna merah jambu dan
blouse serta skirt yang berwarna kelabu dan hitam. Afiq juga memakai
warna baju yang sama.

“Yang awak pandang saya lama tu kenapa? Apa lagi yang tak
kena dengan saya?”. Afiq hanya menggeleng. “Jom naik kereta saya. Saya
bawak awak pergi makan malam kat tempat cantik dan makanan kat situ
sedap belaka”. Afrina hanya mengikut sahaja kehendak Afiq.

Tiba sahaja di sebuah restoran tepi pantai, Afrina terpegun
melihat hiasan yang cantik di mejanya itu seperti candy light dinner.
Mereka diam tanpa kata sewaktu makan. Afiq tidak habis memandang Afrina
membuatkan Afrina tidak selesa. Sedang syok menikmati makanan yang enak
itu, tiba – tiba dengar alunan biola serta dendangan lagu Tercipta Untukku.

Lagu ni lagu arwah selalu nyanyi untuk aku. Tiba – tiba
sahaja air matanya mengalir. Afiq yang tidak tahu apa – apa terkejut
melihat air mata gadis di hadapannya mengalir. Lantas dia mengambil sapu
tangan dan memberi kepada Afrina.

“Kenapa awak menangis? Awak tak suka lagu ni ke? Cerita lah
dengan saya”. Afrina hanya menggelengkan kepala. Dia tidak mahu
mengingati sejarah cinta lamanya itu. Dia sudah berjanji kepada dirinya
bahawa dia tidak akan bercakap tentang hal itu lagi. Yang pergi tidak
akan kembali dan hidup mesti diteruskan.

“Saya nak tunjukkan awak sesuatu. Tapi awak kena pejam mata
dulu tau”. Afrina mengeluh dan menurutkan sahaja perintah Afiq. Afiq
mengeluarkan sebentuk cincin dan memberi kepada Afrina. Afrina membuka
mata dan terkejut melihat cincin itu. Ya Allah apakah semua ini.

“Apa semua ni Afiq? Apa tujuan awak buat semua ni? Awak nak
apa dari saya?”. Afiq hanya tersenyum mendengar pertanyaan bertalu –
talu dari Afrina. Dia bersedia untuk meluahkan semua isi hatinya.

“Afrina, saya sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan awak
sejak pertama kali kita bertemu. Saya dapat rasakan awak adalah jodoh
saya. Memang kita baru kenal dan tidak pernah kenal sebelum ni, tetapi
jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Mungkin awak rasa perkenalan kita
hanya sekejap. Bercinta selepas kahwin itu lebih indah. Saya nak melamar
awak. Sudikah awak menjadi isteri dan ibu kepada anak – anak saya nanti?”

Afrina terkedu dan mengalirkan airmata lagi sekali. Adakah
dia bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki lain? Ada sedikit
ruang lagikah untuk Afiq bertakhta di hatinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience