Kini aku berada di bumi Mesir. Sudah hampir setahun aku menjadi tunangan orang. Aku dengan Ariq memang jarang berhubung. Kami dah berjanji tak nak berhubung sampailah saat bakal pernikahan kami nanti. In Sha Allah..
“Kau jangan hubungi aku tau. Kalau kau nak tahu keadaan sama ada aku baik atau tidak, kau tanya terus dekat mama atau papa aku. But, not me. Boleh?” pesanku sebelum Ariq berlepas ke Australia untuk menghabiskan degree dalam bidang kejuruteraan. Aku pula ambil kos pergigian.
“Iya..” akur Ariq. Dia no hal nak ikut syarat aku. Sebab syarat aku ni lain dari yang lain. So, dia nak try juga ikut syarat pelik itu.
“Okay. Jaga iman, jaga diri and last jaga mata!” perlahan aku memberi pesanan terakhir gaya macam pesanan maut. Macamlah aku tak tahu si Ariq ni pantang nampak perempuan lawa sikit, terus cair. Ades.
Dasar lelaki. Aku ni pun satu! Kenapa senang sangat setuju nak kahwin dia ni?
“Okay.. You too. See you next 3 years. I’ll miss you.” Balasnya dengan nada yang perlahan juga.
Aku menjeling maut ke arahnya. Sempat lagi kau yaa!
***
2 tahun berlalu..
Aku kembali ke tanah air. Berita yang aku dapat 3 hari yang lepas betul-betul membuatkan aku terpana. Bagaimana agaknya dengan reaksi dia? Semoga dia baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum.”pintu rumah milik Ariq Fa’izin aku ketuk perlahan. Kelihatan ramai tetamu yang hadir di majlis pengebumian arwah Puan Umaira .
Arwah meninggal kerana sakit jantung. Pelik. Padahal sebelum ni arwah memang sihat-sihat sahaja. Tidak pernah menunjukkan gaya orang sakit jantung. Tapi itulah.. Mungkin ini dah memang ajal dia. Aku memandang wajah sayu Ariq yang duduk di hadapan arwah yang sudah dikafankan. Matanya yang bergenang membuatkan hatiku turut tersentuh.
Ariq kini cuma ada opah dan saudara mara sahaja. Ayahnya sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan. Ariq merupakan anak tunggal. Ya Allah.. Mesti dia rasa keseorangan. Pilu hatiku mengenangkan nasib Ariq.
Share this novel