“Thanks auntie and uncle sebab sudi datang.” Ucap Ariq yang masih merah matanya. Aku terkaku bisu.
“Ariq bawa banyak bersabar ya. Banyakkan berdoa kepada ibu.” Papa memeluk tubuh Ariq. Aku terdiam tanpa memberi respon. Senyum tidak, melihat wajahnya pun tidak. Serius aku tak tahu nak buat apa. Aku rasa nak menangis juga bila tengok dia bersedih macam tu.
Dan akhirnya pada hari itu, aku dengan dia langsung tidak berbicara walau sepatah ayat pun. Ariq yang aku nampak pada hari itu lain sangat. Dia tampak lemah tak bermaya. Risau pula tengok keadaan dia. Dia tak ceria seperti dahulu. Aku mendambakan senyuman daripadanya pada hari itu. Tapi, tiada sekelumit senyuman pun dilontarkan kepadaku. Dia seakan-akan hilang separuh hidupnya.
“Ma, adik kesian tengok Ariq. Mesti dia rindu dekat puan Umaira..” luahku kepada mama.
“Mestilah dia rindu. Puan Umaira itu sahaja tempat dia mengadu, berkongsi suka dan duka. Dia dahlah anak tunggal. Mama pun kesian sangat tengok dia. Adik tak contact dia ke?” tanya mama.
Aku menggeleng perlahan.
“Kenapa?”
“Sebab, dia nampak macam depressed sangat. Adik ada baca luahannya di dalam blog. Dia tulis dia terlalu rindukan ibunya. Tak pernah adik nampak dia sedih macam tu sekali.” Mataku turut bergenang. Mesti perit dia nak lalui tahun akhir di Australia nanti. Ya Allah.. Kau berikanlah ketabahan kepada Ariq.
Mama memeluk tubuhku erat. Tanpa dipinta, air mataku tumpah. Aku menangis teresak-esak di bahu mama.
“Mama, adik sayang mama. Adik sayang papa.” Luahku.
Mama meleraikan pelukan. Dia tersenyum ke arahku.
“Ma.. is it okay if adik percepatkan tarikh perkahwinan?” pintaku. Entah mengapa aku terasa hendak menemani tangisan Ariq.
“Why so soon?” mama mengerut dahi.
“Adik tak sanggup tengok dia bersedih macam tu. I know, he needs someone right now.” Terangku. Aku tahu dia mesti memerlukan seseorang untuk diluahkan perasaannya itu. Sama seperti masa dekat sekolah dahulu. Masa dia kehilangan ayah kesayangannya. Dia bersungguh-sungguh menangis di hadapanku. Waktu itu aku memang betul-betul kasihan akan nasib Ariq. Sudah menjadi anak yatim sejak berumur 12 tahun. Belum sempat dia ingin mengkhabarkan berita baik kepada ayahnya, bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
“Mama bukannya nak halang atau apa. Tapi, kalau Ariq tak setuju? If he says yes, then I do. “ Ujar mama lembut sambil membelai rambutku.
“Thanks ma.”
Share this novel