BAB 3

Humor Completed 6472

“Serius? Kau tak jadi pindah? Serius??” kenyataan pindah tak jadi yang keluar dari mulut Ariq membuatkan aku betul-betul macam tak percaya. Yeay! Cikgu English aku tak jadi pindahh.. Ha ha.

“Iyee.. Kau ni dah kenapa? Haish. Pergi sanalah. Aku nak siapkan report Chemist ni.”

Aku mencebik bibir.

“Wait. Kenapa kau tak jadi pindah? Alam Shah tu weh.. Sekolah hebat.” Pelik juga dengan keputusan Ariq ni. Semalam iya-iya sahaja cakap nak pindah. Sekarang ni tak jadi pulak?

“Izzah tak bagi aku pindah.” Jawabnya sambil tersenyum.

Ces! Sebab itu aje? Tak boleh bla.

“Heh? Nonsense.” Spontan aku membalas.

Ariq sudah ketawa terbahak-bahak.

“Jealous.” Dia menjelir lidah.

Aku mengangkat sebelah kening gaya ala-ala Ziana Zain

.

“Sorry? Jealous? Huh. Takdak masa.”

“Excuse me. Nak cakap dengan Reena kejap,boleh?” Qhusyairi mencelah. Eh, eh. Tang mana pulak dia datang ni?

“Sure.” Aku bingkas bangun dari kerusi dan mengikuti Qhusyairi dari belakang. Kami berdiri di luar kelas.

“Yes? Anything ?”soalku.

Dia menghulurkan sekuntum ros kepadaku. Terbuntang mata aku melihatnya. Terkejut memang bukan main. Ini ros pemberian siapa?

“Happy Birthday. Birthday kau hari ini,kan?” dia menyoal.

Aku mengangguk perlahan.

“Mana kau tahu?”

“Actually, aku..suka kau.” Luahnya tanpa memandang wajahku. Aku menggigit bibir.

***

“Izzah macam mana?” aku mengeluarkan topik panas. Saja nak tengok reaksi Ariq ni. Dulu bukan main menangis, mengadu dekat aku saat dia memutuskan hubungan dengan Izzah. Takkanlah dia senang sahaja dapat melupakan kenangan bersama si Izzah tu?

“Izzah?” dia ketawa perlahan. “Izzah tu cerita lama. Tutup buku okay? Malulah aku bangkit cerita lama.”dia menjulingkan mata ke atas.

“Eleh.. Dulu bukan main menangis apa cite?” seronok pula aku menyakatnya. Rindu saat-saat aku menyakat dia dalam kelas dahulu.

“Dahlah weh. Malu!!”

“Eceh.. Malu konon. Tak sesuai la weh.” Pecah ketawa aku dibuatnya.

“Reena, nanti kalau kita kahwin kau janganlah asyik kepoh macam ni. Ayu sikit ya.”

Terus membulat mata aku.

“Hei!” aku melontarkan bantal tepat ke arahnya.

Dia terus ketawa.

“So, Qhusyairi apa cerita?” giliran dia pula menyingkap kisah silam aku. Senget!

“Aku dengan dia tak pernah sign kontrak cinta monyet macam kau dengan Izzah tu. So, kau jangan tetiba nak kaitkan nama dia.” Aku buat muka. Yes. Aku memang tak bercinta dengan Qhusyairi. Aku menolak luahan perasaannya dengan cara yang baik.

Gila apa nak mengorat zaman sekolah dulu? Tak pernah aku fikir akan ada peminat. Qhusyairi boleh tahan hensem juga sebenarnya. Tapi, aku tak nak lah nak bercinta monyet ni. Aku masih ada cita-cita yang perlu dicapai!

“Okay, back to our story. So, dah pilih tarikh?”dia menyoal serius.

Aku pecah gelak. Tarikh amende pulak ni?

“Tarikh apa?”

“Tarikh pernikahan kita lah cik kak. Aku dah tak sanggup nak bercinta bagai. Bercinta lepas kahwin lagi best. Kan?” dia mengangkat kening nakal.

“Entah. Aku tak kahwin lagi. No comment.” Balasku senada.

“So bila??” dia pula yang tak sabar nak pilih tarikh ni apahal?

“Lepas 3 tahun boleh? I mean lepas aku tamat pengajian di Mesir dan kau di Australia. Am I right?” aku membuat keputusan.

Dia menggariskan senyuman.

“And after 3 years, we’re getting married.” Ujarnya.

Aku menggeleng.

“Bukan married. But nikah.” Balasku lantas kami berdua membalas senyuman. Serius macam tak percaya aku akan berkahwin dengan Ariq. BFF aku dari tadika sampailah sekarang. Huh..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience