Aku mendekati ke arah tubuh Ariq yang sedang membelek album gambar. Gambar Puan Umaira dan Encik Faiz banyak di dalam album tersebut.
“I miss them.”Luah Ariq perlahan. Aku terdiam.
“You have no worry about them. They will really proud to have a son like you. Trust me.” Aku mengangkat dagu milik Ariq agar mata kami dapat bertentangan.
Dia menggariskan senyuman.
“Thanks.” Ucapnya.
“What for?” aku mengerut dahi. Tak faham.
“For being my wife. My sweet wife. Ever.” Ujarnya dengan nada yang perlahan. Aku tersenyum.
“Thanks to Allah. Dia yang bagi idea dekat ibu supaya abang kahwin dengan sayang. Terima kasih dekat Allah juga sebab kuatkan hati kita supaya bersabar dalam menuju gerbang perkahwinan. Tiga tahun. Tak semudah itu sayang sabar nak kahwin dengan abang. Tahu tak?!!” aku kembali buat muka poyo.
Dia memicit hidungku kuat.
“Oh.. Ni mesti rindu abang sepanjang belajar dekat Mesir tu ya??” usiknya.
“Mana ada..” aku mencebik bibir.
“Dari kecik lagi sayang selalu suka bagi nasihat dekat abang. Sayang selalu ada masa abang tengah nangis. Sayang skodeng ehh??” usiknya lagi. Aku pecah ketawa.
“Tak ada masa lah saya nak usik awakkk.. Perasan! Masa tu kita kan dah janji nak jadi BFF. So sebagai BFF yang dedikasi, memang dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu BFF dalam kesusahan.”
Kini giliran Ariq yang ketawa.
“Dah macam bunyi wonderpet.”
“Kan..” aku tergelak.
“So sekarang kenalah tukar daripada BFF kepada PLF.”
“PLF?” aku mengerut dahi.
“Partner. Life. Forever.” Ujarnya.
“Poyo!”
Kami berdua ketawa.
“Okay.. PLFTJ.”
“Apa tu?”
“Partner. Life. Forever.Till. Jannah.” Terangku.
“In Sha Allah..”
“By the way, betul ke apa yang abang cakap tadi?” aku menukar topik.
“Cakap apa?” dia mengangkat kening.
“Rasanya betullah kut.” Aku tersengih. Sengaja nak bagi dia berteka-teki.
“Abang cakap apa?”
“Yang saya ni, sweet wife ever!!” satu kucupan ku hadiahkan ke pipi suami tercinta.
Siapa sangka pasangan pilihan keluarga dapat membuatkan kita bahagia. Siapa sangka BFF yang aku selalu gaduh dekat sekolah dahulu sekarang dah jadi PLF aku. Siapa sangka aku dah jadi isteri kepada BFF aku yang mulut tak hengat pedas ni. Tapi, bila nangis, manja ya rabbi! Siapa sangka? Siapa??? Haha. Semua itu dah tertulis oleh yang Maha Esa. Walau ditentang mana pun siapa dia, tapi kalau Allah dah rancang nak satukan kita dengan orang itu, maka terjadilah ia. Kun Faya Kun .
Thanks kepada pembaca semua. Hope titipkan komen anda. Yang baik-baik sahaja yaa.
Yang baik datang daripada-Nya, yang buruk adalah khilaf daripada saya sendiri.
Semoga kita semua dilindungi di bawah rahmat-Nya .
Share this novel