BAB 1

Humor Completed 6472

Bff. Best Friend Forever. Kawan baik selamanya. Penyataan yang senang otak nak hadam. Kata nak jadi kawan baik, tapi kenapa ibu dia datang rumah aku? Hatiku mula rasa tidak sedap. Setelah sekian lama aku dengan dia berpisah, kemudian didatangi pula ibu Ariq dekat rumah aku. Aku tak faham!

“Puan Umaira apa khabar? Sihat?” aku cuba bersikap ramah.

“Alhamdulillah sihat..” jawabnya lembut.

Aku memandang wajah Ariq yang berada di sebelah Puan Umaira. Serius betul.

“Sebenarnya, auntie datang sini sebab nak tanya dekat Reena. Dalam hati Reena dah ada sesiapa ke?” dengan penuh berhati-hati Puan Umaira menutur kata.

Mataku membulat. Hah? Sekilas dia memandang wajah mama dan papa. Mereka berdua hanya tersenyum.

“Tak..ada.” gugup sekali jawapan yang diberikan. Wajah Ariq aku pandang sekilas. Tenang sahaja wajahnya. Dia ni memang dah redha ke nak cari jodoh? Tapi kenapa dengan aku?? Sedangkan kami dah berjanji nak jadi BFF ! Best Friend Forever!

“So, can I be your partner life?” akhirnya Ariq bersuara. Wajahnya masih sama. Tenang tanpa senyuman di bibir.

Jantungku tiba-tiba sahaja berdegup pantas. Ariq Fa’izin membuat penyataan gempak habis baik. Kalau aku masih di zaman sekolah mahu aje aku gelak sambil guling-guling. Tapi, sekarang di hadapan Puan Umaira, mama dan papa. Kau jangan nak cari pasal Hareena!!

Aku menelan air liur yang tiba-tiba sahaja rasa berpasir semacam. Wajah mama dan papa aku pandang sekali lagi.

“Err..”

***

“Ariq!! Kenapa kau nak pindah?? Kenapa?!” aku menghentak mejanya dengan buku teks Biologi.

Ariq yang sedang membuat latihan Matematik Tambahan terus terkejut. Dia meletakkan pen dan berhenti menulis.

“Cik kak, behave sikit boleh tak?” marahnya.

“Whatever.” Aku buat muka. “Now, please give me the answer. Kau cakap, kau nak belajar sama-sama dengan aku sampai kita habis SPM. Sosekarang kau nak pindah? Oh ya.. Mentang-mentanglah dapat sekolah berasrama penuh. Sekolah Alam Shah pulak tu. So, senang-senang sahaja kau nak mungkir janji kau tu ya?” panjang pula aku membebel. Auni, rakan baikku sudah tergelak-gelak melihat keadaan aku.

“Aku nak pindah, aku punya sukalah. Lagi pun, sejak bila aku buat perjanjian entah apa-apa tu? Sorry, aku tak ingat. Rasanya tak pernah.” Dia menjeling tajam.

Perghh.. Menyirap darah guwa.

“Okay. Aku 6A je PMR, kau straight A’s. Siapalah aku ni kan. Nanti kau tak ada, tak ada siapa dah nak ajar aku English. Okay.. Okay..” aku sengaja pancing ayat sedih. Ariq memandang wajahku serius.

“Reena, apa kau cakap ni? Boleh tak kalau hidup tu jangan bergantung pada siapa-siapa? Nanti mati, masuk kubur sorang-sorang jugak. So, please..” ujarnya. Zapp! Tertusuk tepat ke dalam hatiku. Sedih? Sikit aa..

“Whatever.” Balasku sepatah lantas aku kembali di tempat duduk dengan muka yang masam mencuka.

Geram betul dengan mulut Ariq ni! Cakap tak pernah nak baik-baik. Asyik pedasssss sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience