“No.” dia menyangkal keputusan ku.
“Please Ariq. Aku tau kau tak okay sekarang. You need someone untuk kau berkongsi keperitan hati kau tu..” Pujukku lembut.
“Cukuplah Allah tempat aku memberikan kasih ini. You should understand it,Reena.” Ujar Ariq lembut.
Aku tersentap. Ya Allah.. Betul cakap Ariq tu. Kenapa dengan perasaan aku ni? Kenapa aku bertindak seperti ini? Malunya aku ya Allah..
“Reena. Kita kan dah janji nak tunggu sampai tahun depan. Kau jangan risau. Aku tak apa-apa. Please Reena.. Kau fokus aje on your studies in Mesir. Dan aku akan cuba habiskan study aku.” Balasnya lalu memberikan senyuman kepadaku. Aku merenung anak matanya tajam.
“Degil!” marahku.
Dia ketawa perlahan. Aku terkejut dengan reaksi dia itu. Nampak macam ketawa yang real dan bukan dibuat-buat.
“Sabar ya Reena. Jangan gopoh sangat. Saya memang nak kahwin dengan awak.” Dia mengenyitkan mata.
Terus aku membulatkan mata. Terkejut! ‘Saya-awak’? Huh.
“Tak payah nak bersaya-awak la. Aku sebenarnya risaukan keadaan kau. Tapi, bila tengok kau pelik macam ni, so kita kahwin tahun depanlah jawabnya.” Aku menjeling tajam.
“Atau jangan-jangan kau yang tak sabar nak kahwin dengan aku ni.. Haa.. Pandai kau yaa..” usiknya.
Aku mencebik bibir.
“Sorry sikit. Dahlah aku balik dulu.” Aku bingkas bangun dari sofa.
“Eh, Reena . Dah nak balik ke. Jemputlah minum dulu. Opah baru aje nak hidang air ni haa.” Opah muncul sambil membawa dulang yang gelasnya dipenuhi air oren.
Aku tak jadi nak balik, kena duduk semula.
“Terima kasih opah.” Ucapku lantas tersenyum.
“Sama-sama.. Oh , inilah tunang Ariq ya.. Cantik orangnya.” Puji Opah.
Aku sudah menunduk kearah lantai. Ades Opah ni, janganlah puji aku macam tu. Malu tau!
“Eh, takdelah opah. Biasa-biasa sahaja. Kalau betul cantik, Alhamdulillah.” Ujarku.
“Perasannya.” Celah Ariq.
Aku membuntang mata.
“Betullah Alhamdulillah. Maksudnya cantik itukan milik Allah. Kita kenalah ucap kepada Allah.” Aku menjuling mata ke atas. Sengal betullah si Ariq ni. Aku lempang satgi baru tahu.
Ariq sudah pecah ketawa. Dia termalu sendiri.
“Jadi bila kamu berdua nak kahwin?” opah memberi soalan maut. Soalan yang baru sahaja aku dah tamatkan perbualan sebentar tadi.
“Next year.” Jawabku.
Opah mengangguk-angguk.
“Kenapa tidak tahun ini aje? Tak elok bertunang lama-lama, nanti kalau tak jadi macam mana? Baik kahwin aje cepat-cepat.” Opah meluahkan pendapat.
“In Sha Allah opah. Kalau ada jodoh tak kemana. Saya serahkan segala-galanya kepada Allah.” Ujarku tenang.
“Opah teringin sangat nak tengok cucu opah yang sorang ni naik pelamin.. Kalau boleh biarlah sebelum opah menutup mata ni..” opah meluahkan hasrat hatinya.
“Opahh.. janganlah cakap macam tu.. Kalau tak Ariq tak nak kawan dengan opah.” Ariq memeluk lengan milik opahnya. Manja! Hesy.
“Eh, malulah sikit. Nak bermanja dengan opah, jangan di depan tunang. Buat malu je kamu ni.” Marah Opah. Aku pecah ketawa. Ariq sudah memuncungkan mulut sedepa. Amboi!
“Alah, belum jadi suami orang lagi. Jadi Ariq naklah bermanja dengan opah puas-puas. Nanti dah kahwin barulah turn manja dengan isteri.” Dia tidak lepas dari memeluk lengan opah. Aku menjulingkan mata ke atas.
Macam manalah aku boleh setuju nak kahwin dengan dia ni???
Share this novel