BAB 8

Humor Completed 6472

“Ariq, kau okay tak?” soalku kepadanya. Aku secara tidak sengaja nampak dia menangis di dalam surau tadi.

“Aku okay.” Dia mengesat air mata.

“Kau dah buat yang terbaik. Kau dapat straight A’s dalam UPSR. Mesti ayah kau bangga dekat sana. Kau janganlah sedih macam ni. Tak macho la..” pujukku.

“Aku sayang ayah aku. Aku sekarang dah kehilangan dia. Aku tak sempat nak bagi ayah aku tengok keputusan UPSR aku ni. Kesian dekat ibu sorang-sorang.” Air matanya mula menitis lagi.

Aku terpaku. Kali pertama aku melihat air matanya tumpah. Nak dipujuk, aku bukannya reti sangat.

“Ariq.. Kalau kau nangis macam ni, mesti ayah kau tambah risau. Mama aku cakap, kalau kau nak ayah kau tenang, kau kenalah banyakkan berdoa kepada Allah. Bukan dengan nangis macam ni.” Macam tak kena aje aku yang berumur 12 ni memberikan nasihat kepada Ariq. Aish.. Redah ajelah.

“Thanks Reena.” Dia menyeka kembali air mata. Aku menggariskan senyuman.

“hah! That’s my Ariq Fa’izin.” Aku menepuk-nepuk tangan kegembiraan.

***

Hatiku menjadi tidak keruan. Ini semua sebab panggilan yang aku terima tadi. Betulkah Ariq sedang bersama orang lain di Australia? Adeh.. Kenapa aku mesti percaya akan panggilan tadi ? Ariq tak mungkin buat macam tu.

Pantas jemariku mendail nombor telefon milik Auni.

“Hello. Assalamualaikum.” Aku menyapa sebaik sahaja panggilan dijawab.

“wa’alaikumussalam. Yes Reena. Why? Call sebab rindu aku ey..” gurau Auni.

Aku tergelak.

“Rindu sangat!!”

“Rindu kau jugakk!!”

“Actually.. nak tanya kau something. Kau kan tahu aku tak pernah nak ada akaun fac and whatsoever. So.. I wanna ask you something.”

“Apa? Ajarkan kau buat akaun fac ke?” cepat sahaja dia memotong ayatku.

“Bukan!! Itu aku pun reti..! Pasal Ariq.” Aku kembali serius.

“Ariq? Kenapa dengan dia? Dia buat hal ke?” kecoh sekali si Auni ni.

“Tadi ada orang call, cakap Ariq has someone else dekat Australia. Aku buntu. Teruknya aku sebab senang aje percaya cakap orang lain. Tapi, salahke kalau aku tiba-tiba prejudis macam ni?” aku meminta nasihat daripada Auni.

Kedengaran suara Auni yang sedang syok gelakkan aku.

“Wei.. Serius laa.” Marahku.

“Kenapa kau tak tanya dia sendiri?”tanya Auni.

“Kami dah janji, selagi tak genap 3 tahun, kami takkan berhubung walau apa cara sekali pun. Melainkan in case yang penting sahaja.” Ujarku.

“Ini pun kira kes penting jugak lah..” usik Auni.

“Auuuuniii!”

“Iyaaaaa..”

“Janganlah main-main..”

“okay-okay.. Aku memang ada nampak gambar dia dengan girl mat saleh dekat fac. Tapi girl itu yang tag dekat Ariq. Mungkin girl tu yang gilakan Ariq. Kau ni, cuba pikir positif sikit. Ariq tu kan setia orangnya.” Ujar Auni panjang lebar.

“Tapi hati manusia boleh berubah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ubahkan.” Perlahan aku menutur kata.

“Kau nak ke kalau Allah betul-betul kabulkan kata-kata kau tadi tu??” acah Auni.

“Mestilah tak nakk..!” aku dah gelabah.

“Dah tu? Cuba fikir positif. Haish. Okaylah macam ni.. Kejap lagi aku siasat siapa girl tu. Kau jangan risau sangatlah.. Duk sana, belajar elok-elok. Nanti balik, jangan lupa ajak aku pi kenduri.”

“In Sha Allah.. Siasat tauu. Aku tak sabar nak tahu..”

“Iya.. iya..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience