Bab 3

Horror & Thriller Completed 2535

Sampai saja di sekolah aku di kejutkan dengan suara seakan mak lampir iaitu suara kawan baik ku sendiri ,Afiqah.
"Weh mangkuk, kau janji nak datang pukul berapa? Ni dah pukul berapa?"tembak dia. Kerja dia memang suka menembak orang dengan kata-kata dia tapi aku tahu dia baik walaupun mulut dia sangat pedas mengalahkan cili padi.
"Sorry la weh, aku bangun lambat tadi sebab malam tadi aku baru packing baju. Penat tahu?"balasku.
"Hmm ye la tu kau ,macam aku tak kenal kau kan?Haih perempuan sekor ni." balas Afiqah.
"Memang la aku perempuan .Takkan jantan kot. Lagi satu mane ade manusia berekor la ,mangkuk."balas ku, loyar buruk.
"Ok , guys stup arguing okay?"pinta Syu .
"Kitorang tak arguing pun."balasku sarkastik.
"Habis tu ape?"tanya Syu ,keliru.
"Hanya menghangatkan keadaan la."Balas ku dengan Afiqah serentak.Walaupun kami selalu bergaduh, tetapi pemikiran tersangat la sama.Itu merupakan satu hal yang membuatkan kami rapat.
"Hmm baguslah , aku takut korang gaduh je Sebab yang susah nanti aku. Kalau sekor tak datang sekor lagi sibuk bertanya dah rindu lebih-lebih."kata Syu ,menyampah.
"Itu baru dikatakan sahabat beb."balasku loyar buruk lagi.
"Kau tak habis-habis loyar buruk la minah."
"Lantak aku la, mulut aku."
" Weh korang."panggil Puteri. Oh ya, puteri memang sudah tiba awal dari aku cuma dia lebih selesa untuk berdiam diri sahaja .Intan pulak masih tidur dalam keadaan duduk di sebelah puteri.Hannah pergi tandas sebab sakit perut, biarkan dia.
"Ape?"balas kami bertiga serentak .
"Cikgu dah panggil."kata puteri tenang. Aku tak tau la nak cakap apa pasal puteri ni, sebab aku tengok dia macam tak sihat pun ada. Sebab sebelum ni, kalau aku dengan afiqah berborak dia akan masuk borak sekali ,tapi hari ni tidak sebab dia lebih suka berdiam diri. Aku sudah ambil tempat duduk paling belakang di tapak perhimpunan,di situ la tempat kebiasaan kami akan duduk berkumpul jika ada perhimpunan.
"Okay murid-murid, kita akan naik bas sebentar lagi. Pengawas,pengawas pusat sumber dan prs akan berada di dalam bas masing-masing yang korang sendiri tetapkan.Jadi saya nak kamu semua beratur dihadapan bas yang kamu nak,tapi pastikan pengawas,pengawas pusat sumber dan prs lain bas."usai sahaja cikgu berkata begitu , aku terus berlari menjinjing beg pakaian ke arah bas yang paling cantik aku rasa iaitu bas yang berada paling hadapan.Memandangkan aku sorang sahaja pengawas pusat sumber daripada 6 kawan ku yang lain, maka aku duduk dengan kawan sekelasku iaitu Fatihah yang aku suka panggil dia Teh o ais.
"Weh perempuan duduk depanla."kata pengerusi pusat sumber iaitu Qhairulzaman. Aku dengan dia kira kamceng la jugak.
"Biarla aku nak duduk mana pun, yang kau panas pasal?"balasku.
"Biarla dia Zaman, macam kita tak biasa gan dia pulak."balas kawan dia pulak iaitu Yang Ameerulhariz.
"Haah kau ni,cam tak biasa gan aku pulak."tambah ku.
"Aku bukan tak biasa dengan kau, tapi dengan kawan kau kat sebelah tu."katanya sambil memuncung kearah fatihah yang sedang leka dengar lagu korea menerusi earphone.
"Pfft, bila masa kau jadi pemalu ni wei."ujarku sambil mentertawakan dia.
"Sejak hari ni."
"Tak payah la kau nak malu sebab dia tak dengar ape yang kau cakap pun."balasku selamba.
"Pasal tak dengar pulak?kawan kau pekak ke?"tanya Yang.
"Babila, dia bukan pekakla tapi dia dengar lagu dengan kuat sekali. Tengok harini kau dah jadikan aku budak sastera sebab bercakap dengan 'penuh hemah'."getusku geram.
"Chill la beb, cam kau tak biasa gan kita orang."balas Yang.
"Hmm dahla , dari aku layan korang baik aku layan lagu."balasku sambil menyumbatkan earphone ke telinga.Sepanjang perjalanan 2 jam lebih tu aku banyak dengar lagu sambil makan keropok yang fatihah bawak je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience