bab 2

Horror & Thriller Completed 2535

'ughh, dah pukul berapa ni' kata ku dalam hati dalam keadaan mamai. Seraya itu aku melihat jam yang terleyak cantik di atas almari bersebelahan katilku.
"baru pukul 7:15 pagi."ujar ku sendirian sambil menarik selimut untuk kembali tidur.Tiba -tiba...
"Hah , dah pukul 7:15 la!!".jeritku. Aku segera melangkah keluar dari bilik sambil menjinjit baju sukan sekolah untuk mandi dan bersiap ke sekolah. Memang menjadi tabiat aku untuk bersiap di dalam bilik air kerana bilik air dirumah ibubapaku memang besar.
"Awak kenapa menjerit tadi?"tanya Puan Norhafizan, ibuku.
"Ibu, kan awak dah bagi tau kat ibu haritu, yang harini awak nak gi kem kempimpinan pengawas pusat sumber tu.Nape tak kejut awak awal-awal?" sahutku dari dalam bilik air.(jangan nak pelik kenapa aku gelar diri aku 'awak' dengan ibu aku sebab tu memang panggilan manja aku). Selesai sahaja aku mandi aku terus menyarungkan tudung hitam yang sudah ku gosok malam tadi.Dan aku bergegas ke pintu rumah sambil menjinjit barang-barang keperluan ku untuk pergi ke kem.
"Ibu, nak minta tolong ayah hantarkan . Awak dah lambat sangat ni."pintaku.
"Hmm jap ibu panggil ayah."kata ibu sambil berlalu untuk memanggil ayah.
"Awak dah siap ke?"tanya ayahku.
"Sudah ler , awak dah lambat ni yah."kataku sambil mencampakkan beg ke dalam kereta bahagian belakang.
"Jomlah , dah salam ibu belum?"tanya ayah.
"Eh eh , lupa pulak jap eh?"kata ku sambil tersengih.
"Muda-muda dah lupa."leter ibu.
"Ibu ,please. Don't nagging at me okay? Awak dah lambat ni."pintaku.
"Hmm ye la, tapi sebelum naik bas tu call abah . Bagitau dia yang awak nak gi kem."kata ibu ku lagi.
"Baik ibu."balasku seadanya.Abah merupakan bapa kandungku yang telah lama berpisah dengan ibu sejak aku berusia 1 tahun lebih lagi, manakala ayah merupakan bapa tiriku yang mengahwini ibu pada usia ku 6 tahun dan sekarang ibu ku bahagia denga dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience