Bab 8

Horror & Thriller Completed 2535

Okay, malam ni iaitu malam kitorang nak buat night walk kat kem ni dan tiba-tiba je aku rasa suasana jadi seram gile.Aku yang sekeras-kerasnya hampir demam dan aku amik keputusan untuk duduk di kem.Malangnya aku dan seorang junior ku telah ditipu sebab diaorang kata kami boleh duduk di kem dan tidur, ni dia cakap cam ape je.Dia kata kalau duduk kat kem pun takde orang so better ikut je.So kami pun pasrah dan ikut je kumpulan untuk bergerak ke tempat permulaan night walk.
"Bodohla, baik aku duduk je gan dorang tadi, takyah keluar dari barisan depan. Ni dah duduk kat belakang sekali ,ni yang buat aku rase nak tampar orang je ni."rungutku perlahan.
"Kak, kau cakap ape tu?"tanya juniorku nama dia Dania, dia yang dengan aku tu. Dia ni baru lepas operate kat kaki so takleh aktif sangat.
"Takde pape la, kau jalan elok-elok karang jatuh aku kena papah kau pulak.Kau tu dahla baru operate dah gatal nak ikut gi kem ni buat ape."kataku geram. Aku geram dengan orang lain, orang lain jadi mangsa.Nasib kau la Dania dapat senior gila cam aku ni.
"Aku bukan ape kak, kalau aku duduk rumah bukan ade orang pun so baik aku ikut kem ni baik sikit, jiwa aku takdela kacau sangat."balas dia.
"Hmm. lantak kau la Dania oii."
"Japgi kita je pair kan untuk night walk ni?"tanyaku untuk kepastian.
"Iyela kak, kita je berpasangan sebab kita tak sihat.Kau ni banyak tanya la kak."akata Dania sambil merungut.
"Lantak aku la, mulut aku. Lagipun kalau tidak bertanya sesat jalan."balas ku sambil ade peribahasa lagi.
"Bukan tidak bertanya la, tapi kalau malu bertanya sesat jalan. Kau ni kak harap BM je A tapi peribahasa mudah tak reti."perli dia .
"Whatever, actually it just the same meaning and not men'o.k.u'kan peribahasa pun."selarku selamba.
"Ikut kau la kak.Patut la cikgu semua kenal lau sebab kau ni banyak mulut rupanya kak."
"Tau takpe." kataku dan kami sudah sampai ke tempat permulaan night walk pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience