Bab 4

Horror & Thriller Completed 2535

Sampai sahaja kami di kem itu, kami di suruh berkumpul di satu tempat yang agak lapang tapi buruk,berdepanan dengan tempat kami berkumpul tu ada satu bangunan yang mempunyai 3 pintu.Aku dah rase macam dalam cerita IT yang pasal badut tu pun ade.Yang paling aku tak suka adalah mulut fasilitator di sini. Mulut cam longkang wei.Mase kitorang berkumpul tu di perkenalkan diri, kata nya nama dia Adiputra, aku ingatkan tipu tapi aku percaya sebab ,based on his shirt that wrote his name.
"Selamat datang ke kem....... saya harap kamu semua dapat memberikan kerjasama yang bagus sepanjang tempoh 2 hari dan 1 malam di kem ini dan blablabla."Itu kata alu-aluan dari fasi itu.Aku yang malas amik port ape yang dia bebelkan keluarkan phone dan aku baru ingat nak text abah seperti yang di suruh ibu, tapi tetiba je fasi mangkuk tu cakap "sila amik perhatian ya semasa fasi sedang bercakap di hadapan."okay tu aku boleh terima tapi bab dia tanya kitorang"ada sesiapa yang ambil dadah di larang untum ambil benda tu di sini ya."weh, aku dah panas hati kot bila dia cakap cam tu. Dia pikir semua yang datang ni cikai punya murid ke, semua nya pengawas dan ade tanggungjawab yang besar untuk sekolah. Tapi nasib baik ketu pengawas sekolah bela kami.
"Abang, yang datang sini semuanya pengawas dan kami tak ambil benda haram tu."balas ketua pe gawas lembut, dia ni memang jenis tenang orangnya sebab dia tinggi ilmu agama.
"Ouh, saya ingatkan budak yang banyak masalah yang cikgu kamu bawak, sebab kamu semua ni takde muka cam pemimpin pun."kata fasi tu ,sinis.
'Ni dah lebih ni, karang ade yang makan penumbuk aku ni.' gumam ku ,berang. Kawanku, Afiqah dan Syuhada sudah pegang tanganku supaya aku tidak mengambil langkah yang membuat aku di cerca oleh fasi tu.
"Sabar weh sabar."Syuhada cuba menenangkanku.
"Nak sabar kejadah do, fasi ni cam bodoh je. Harap lagi tua dari kita ,tapi tak reti nak bagi teladan yang baik kat kita."kata ku agak kuat sehinggakan junior yang berada didepanku pun masuk campur untuk redakan kemarahanku kerana dia pun tahu angin aku kalau tak berapa nak elok seperti sekarang aku akan buat apa yang aku rasa betul sahaja.
"Kak sabar kak, saya tahu akak panas hati ,saya pun tapi sabar je."kata junior tu.
"Hmm ye la."kataku kerana kemarahanku sudah reda sedikit.Tiba-tiba,
"Okay, kamu semua boleh bawa barang kamu untuk pergi ke dorm masing-masing."kata fasi mereng itu.
"Bang, dorm ni pihak kem yang agihkan pelajar duduk di mana atau apa?" tanya. ketua pengawas,memang selalunya ketua pengawas yang akan bertanyakan berkenaan semua itu.
"Ikut korangla nak dudk dorm yang mana, dengan sapa . tapi pastikan laki perempuan asing-asing la."ujar fasi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience