Prolog

Horror & Thriller Completed 2535

Kem Kepimpinan pengawas.

"Weh korang,korang rasekan.. ade tak night walk?"tanyaku kepada kawan-kawan.
"Dah namenya kem, of course la ade. Ape la engkau ni. Soalan biar logik sikit." tempelak Syu.
" Yela, aq nak kan kepastian je. Tak nak tertanya-tanya."jawab ku pantas.
"Sewel, kau hilang ingatan ape. Kan selalu ade night walk kalau dah namenya kem." terang Syu.
"Semua pelajar sila berkumpul didalam dewan sekarang!". ujar salah seorang fasilitator kem itu.
"Jomlah weh, fasi dah panggil. Karang kalau lambat kena maki macam petang tadi." kata aku sambil mengeluh.

DALAM DEWAN.
"Okey, malam ni kita buat night walk.Kat sini ade dua tempat, saya bagi kamu semua pilih nak lalu mana. Laluan pertama , dekat kubur lama dan laluan kedua dekat persisiran pantai yang tak jauh dari kem ni." usul abang fasi.
"Abang, kita lalu dekat persisiran pantai la. Sebab dekat kawasan kubur lama macam menakutkan aje. Karang tak pasal-pasal terserempak gan penghuni dekat situ." cadang Kak Raudhah sebagai penghuluwati.
"Ape , kamu semua takut hantu ke? Karut la hantu semua ni.Hantu mane wujud pada zaman sekarang ni." kata fasilitator itu dengan riak.
'Aduss , ni yang aku tak suka ni , kalau fasi yang riak takabur ni.' kata ku dalam hati.
"Weh aq tak sedap hati la weh."kata puteri , dia hampir nak menangis.
"Kenapa pulak yang tetiba tak sedap hati ni?"tanya intan .
"Aku tak suka la dengan fasi kat kem ni. Riak semacam. Dia tak tahu ke yang hantu setan semua tu hamba Allah jugak?"
"Aku pun tak suka, dia macam tak percaya dengan makhluk Allah yang lain je. Kau tengok je la petang tadi, kan dia yang bagi syarat jangan tolong group lain . Last-last dia maki kita sebab tak tolong group lain." ujar ku tak puas hati.
"Aku macam menyesal je ikut kem camni. Kalau tak sebab kau paksa aku ikut takdela aku rasa camni." tuduh puteri pada ku.
"Eleh ,kau pun yang beria nak ikut." pintas ku.
Tiba-tiba..
"Hoi budak perempuan yang dekat belakang tu. Korang borak ape lagi! Aku cakap kat depan ni kotang tak dengar."tengking fasilitator itu.
"Hmm takde ape bang. Kami cuma nak pergi tandas tapi takut abang tak bagi pulak." tipu ku.
"Dah tahu nak pergi tandas tu pergi je la, ni nak memekak kat sini pahal?!".
"Takde ape, kami pergi sekarang la ye."jawab ku sambil menarik tangan Intan , Puteri dan Syu.

DILUAR DEWAN
"Weh, aku rase ade something la dengan fasi kat kem ni."
"Kan, aku pun rase camtu. Sebab mase petang tadi sebelum aktiviti dimulakan a.k.a masa cikgu ade dorang macam lembut je dengan kita. Lepastu bila cikgu dah blah dorang buat kita cam hape je." kata puteri.
"Weh jom la, kita pergi dewan , aku takut nanti fasi-fasi kat situ maki kita lagi." ujar Intan.
"Jomlah." kata Syu sambil kami mengorak langkah untuk masuk ke dalam dewan.

DEWAN.
"Cepatla woi! Terhegeh-hegeh ."tengking fasi itu.
"Kan aku dah cakap,l."desis intan.
Cepat-cepat kami berempat duduk di dalam kumpulan.
"Okay , sekarang ni, kita aq jalankan aktiviti night walk. Sebelum tu aku nak tanya, kalau-kalau ade yang sakit ke ape ke. Tak payah ikut aktiviti ni, nanti menyusahkan kitorang je. Sape yang ade sakit ke ape le tu, sila la keluar dari group korang dan duduk kat depan ni."ujar salah seorang fasilitator . Kelihatan dua tiga orang duduk dihadapan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience