Bab 9

Horror & Thriller Completed 2535

"Weh mangkuk, bukan kau patutnya tinggal kat kem ke?"soal Afiqah pelik.
"Fasi kata kat kem takde orang so aku kena ikut la nak tak nak pun."balas ku sambil lewa.
"Ouh."balasnya pendek.
"Tapi aku ade keistimewaan, iaitu ade pair."kataku bongkak.
"Kau fikir aku kesah?"balasnya.
"Kau takkan kesah."balas ku selamba sambil duduk berlunjur disebelah syuhada.
"Tahu pun."balasnya sambil buat eksperasi muka menyampah.Kat depan fasi tengah membebel-bebel menerangkan tentang aktiviti night walk dan kami akan dilepaskan satu persatu kecuali aku dan Dania.(evil laugh).Syuhada,Nana,Afiqah,Puteri dan Intan berbincang ntah ape benda pun aku tak tahu,bila aku nak mencelah diaorang kata aku ade partner so diam je.Then,aku pun diam.At last aku tahu jugak, dorang rancang sapa nak jalan dulu. First jalan Afiqah then, Intan,Puteri,Hannah and last Syuhadah.Aku tak masuk sebab aku kena jalan lambat kerana aku dan dania akan berjalan dengan fasi.
"Okey, sekarang ni siapa yang volunteer nak jalan dulu?"tanya abang fasi.Afiqah angkat tangan dan muka member lain dah cuak sebab lepas Afiqah ,dorang pulak sebab memang dah plan so kena ikut.Afiqah pun jalan seorang diri dan dengan selambanya dia keluarkan handphone.Yes, dia jalan sambil hadap handphone. Afiqah jenis yang boleh jalan sambil main phone so, no wonder if she can do that at this camp and at this nigjt walk activity.Aku tengok yang lain dah keluarkan handphone, nak tiru cara Afiqah. Aku dah gelak dalam hati, sebab orang yang betul-betul peka ja yang boleh buat camtu , aku pun boleh buat camtu tapi aku malas dan phone dah ade kat fasi.Actually, Afiqah ade dua phone dan dia bawak dua-dua dan fasi tercenggang.Jangan hairan sebab budak sekolah kami ade dua handphone ,handphone yang kami bagi mula-mula masa sampai kem adalah handphone yang boleh call dan handphone yang ada kat certain pelajar kat kem ni adalah handphone yang boleh main game,hebatkan pelajar sekolah kami(*riak sekejap*)??.Maksud certain aku sebab ada yang ada dua phone dan ada yang xda dua phone macam aku sebab aku budak baik tak habiskan duit mak bapak beli dua phone(*riak lagi*)????.
Akhirnya tiba masa aku dan Dania dilepaskan pula.Kat belakang kami ade lagi dua tiga orang pelajar yang ber ura-ura tak sihat. Di pertengahan jalan tetiba abang fasi tu cakap dia kena pergi tempat berkumpul tadi sebab dia nak amik barang kat fasi lagi satu ,aku dan Dania terpaksa la jalan berdua. Masa tengah jalan tu, ada satu lorong ni gelap sangat tapi boleh nampak ade sampah kat kiri kanan jalan kat lorong tu, aku terpandang kat situ then, aku nampak ade perempuan.Aku terleka je kejap tetiba Dania tepuk aku suruh cepat sikit jalan aku istighfar dan terus jalan.Yang buat aku sakit hati adalah masa kak senior sorang ni tetiba kejar kitorang dari belakang aku punya cuak , aku pun lari la takut dia kena rasuk ke ape rupanya tak, dia saja kejar kitorang sebab takut jalan sensorang.Aku dah pelik ,aku dengan Dania jalan lambat ke abang fasi yang lepaskan dorang cepat-cepat. Tak lama lepastu ade lagi senior kejar tapi aku relaks la jalan. Dah nak sampai tempat berkumpul tetiba Dania nak berlari, aku jerit la "Weh dania jangan larila nanti fasi marah!" kataku dan dia seorang budak yang dengar kata dia pun berhenti berlari. Yang kelakar bila dia datang kat aku semula sebab aku jalan lambat-lambat , kami jalan beriringan senior-senior dah jalan dulu dari kitorang. Dekat depan kawan sekolah aku ade dua orang pelajar yang sangat aku kenal iaitu penghuluwati dan Izreen. Aku mulanya buat tak tahu dan jalan terus pergi belakang masuk barisan,tetiba pulak Intan tegur aku.
"Weh, gi tengok dorang nak?"ajak intan.
"Dorang tu kenapa?"aku tanya balik.
"Kena rasuk."dengan selamba intan jawab.
"Kena rasuk je pun , aku ingat dah mati tadi."balasku sambil lewa.
"Jadah kau, kalau dah mati dorang dah call ambulan la dari tadi. Nak pergi tak?"balasnya sambil kembali bertanya.
"Nak la jugak tengok , jomla."
Lalu aku dan intan pun pergi ke hadapan semula semata-mata nak tengok orang kena rasuk , rasa cam kerja tak berfaedah pun ada. Aku tengok Izreen meronta-ronta kerana ada dua tiga orang pelajar memegang dia termasuk Syahirah dan penghuluwati kami pengsan, tapi aku tengok dia macam tidur je.
"Kak nape gan penghuluwati ni?" tanyaku macam wartawan.
"Dia ni lemah semangat tu yang jadi camni."balas kawan baik penghuluwati, aku tahu dorang kawan baik pun sebab selalu berkepit macam belangkas kat sekolah.Aku pun tengok Izreen balik , rasa nak ketawa pun ada sebab muka Syahirah dah macam tertelan kapur barus .Aku sebagai kawan yang baik pergi tolong gantikan dia pegang Izreen.Aku baca ayat apa yang aku tau sambil hembus kat Izreen sebab aku ade belajar macam mana nak sembuhkan orang kena rasuk dan aku pun cuba.Kakak senior yang tolong pegang Izreen aku tengok macam tak larat sebab si Izreen ni meronta kuat giler.Aku dengan perasaan belas kasihan kat dorang cakap.
""Kak, bagi saya jela yang pegang budak ni. Kesian akak penat." muka senior tu macam tak percaya sebab aku offer macam tu ,.mesti dorang fikir aku larat ke tidak sebab badan aku lagi kecil dari badan Izreen.
"Betul ni?Larat ke nak pegang Izreen ni sorang dik oii,tengokla saiz awak tu dengan saiz si Izreen ni."tanya salah seorang senior sambil memerli aku.
"Betul kak, saya larat je.Walaupun dia lebih besar dari saya , In sha allah boleh."balasku yakin.
"Hmm yela dik, tapi kak fatihah kena tolong adik pegang dia ni sekali sebab fasi suruh pegang dia jangan lepas sebab tak nak bagi dia lari."kata Kak fatihah.
"Ouh, okay." dan kami pun memegang Izreen , kak fatihah ternganga tengok aku pegang izreen steady je tak bergerak sebab si Izreen ni meronta kuat ,padahal dia dah terhuyung hayang dikerjakan Izreen.Aku penat sebab nak tunggu fasi amik kereta kat kem lama sangat dan aku suruh intan gantikan tempat aku sebab aku dah lenguh ,dia pun gantikan tanpa banyak cakap.
Aku duduk di sebelah Syahirah dan aku tanya dia macam mana dia boleh ade kat depan dari tadi,dia cakap dia la yang sambut izreen masa budak tu pengsan dan kena rasuk.Katanya lagi dia jalan di belakang Izreen tu yang dia sambut budak tu.
"Hmm kau pegang apa sebenarnya dari tadi?"tanya ku kerana dari masa dia pegang Izreen aku lihat dia memegang barang.
"Skarf dengan stokin Izreen."balasnya pendek.
"Laa, camne ade kat kau ni?"tanyaku lagi.
"Aku amik masa dia meronta sampai kasut,stokin,tudung gan skarf dia terabut."
"Bapakla, ganas gile pompan tu."
"Hotak kau , kan dia dah kena rasuk mane dia sedar."
"Ouh, hehehe."Aku yang dah termalu bangun dari duduk dan pergi.ke arah akak fasi yang tinggal kat situ dengan kami.Dekat situ ade lagi sorang abang fasi dan sorang kakak fasi. Tetiba ade sorang pak cik ni bawak semangkuk air dan kata-kata dia amat mengejutkan aku dan pelajar yang tinggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience