Bab 10

Horror & Thriller Completed 2535

"Kan saya dah cakap haritu, jangan buat aktiviti dekat laluan tu pada waktu malam begini."kata pakcik itu.
"Maaf pak cik."ucap abang fasi.
"Hmm. Dah ,bagi air ni dekat budak dua orang tu minum. Renjiskan sikit kat muka dorang."kata pak cik itu sambil menghulurkan mangkuk air yang dia bawa dari tadi. Abang fasi itu pun ambil mangkuk itu dan menurut apa yang diperintah oleh pak cik tadi.
"Kamu semua ni tunggu siapa lagi ni?"tanya pak cik itu lagi.
"Kami tunggu kereta nak bawa balik budak dua orang ni balik ke kem."terang kakak fasi yang sedari tadi hanya berdiam diri.
"Ouh, jangan lama-lama sangat. Pak cik pergi dulu. Assalamualaikum."kata pak cik itu dan terus berlalu.Kami menjawab salam pak cik itu dalam hati.

Beberapa minit berlalu baru kereta sampai.Kami pun memapah Izreen ke kereta kemudian penghuluwati masuk kedalam kereta.Selepas itu, yang tinggal disitu cuma aku, Syahirah,Intan dan beberapa orang pelajar lagi serta dua orang fasi.Kami balik ke kem dengan berjalan kaki.

Setiba sahaja kami di kem, kami disuruh memapah penghuluwati kedalam pejabat di situ. Kelihatan Izreen sudah pulih sedia kala dan bertanya berkenaan barangnya ,Syahirah yang memegang barangnya segera memulangkan balik.Dan Izreen mengucapkan terima kasih kepada Syahirah kerana tolong memegang barangnya semasa dia tidak sedarkan diri.

Sementara itu, aku yang tolong memapah penghuluwati rasa mengah.Macam mana aku tidak mengah,kerana aku disuruh untuk memapah penghuluwati dari belakang sedangkan kawan penghuluwati hanya memegang tangannya sahaja. Aku yang rasa tidak dapat menampung berat penghuluwati , terpaksa melepaskan dia kerana aku takut aku pulak yang pengsan kerana penghuluwati mempunyai badan yang tiga kali saiz aku.Senior itu semua marah kerana aku melepaskan kawan mereka, aku pun kata.
"Kak, badan saya ni tiga kali lagi kecik dari dia tapi akak semua suruh saya papah dia dari belakang mana saya larat."keluh ku.
Senior itu semua tidak terkata apa kerana mereka juga silap kerana menyuruhku tadi.
Sementara itu, penghuluwati sudah meracau.Dia berguling dan menari .Aku dan Syahirah sudah berpandangan dan menahan tawa kerana tariannya sungguh lawak. Fasi menyuruh kami masuk ke dorm masing-masing.

~Di dorm~
Kelihatan Iszni dan Husna sahaja sudah tidur sedangkan yang lain masih berjaga. Aku memandang mereka pelik kerana jam sudah menunjukkan pukul 4:36 pagi.Syahirah yang berada di belakang aku menolakku sedikit kerana aku menghalang jalannya untuk masuk ke dalam dorm.Aku pun masuk ke dalam dorm dan terus membuka tudung kerana kami memakai tudung dari pagi.
"Nape korang tak tido lagi?"kataku sambil melanuhkan punggung diatas katilku.
"Tunggu korang balik."balas Syu.
"Alahai ,pikir sweet?"kataku.
"Aku tak cakap sweet pon."balas Syu bersahaja.
"??Dahla jangan bising." ujar Afiqah,serabut.Aku pun diam dan berbaring kerana aku memang mengantuk dari tempat tunggu orang kena rasuk tadi.
Baru sahaja aku hendak melayang masuk ke alam mimpi , katilku bergegar.
"Alahai, pahal ni."bentakku.Kedengaran suara Syahirah batuk. Dia tidur di katil bahagian atas Afiqah dan katil mereka sangat rapat dengan katil aku.
"Sorry weh aku batuk."kata Syahirah sambil batuk.
"Hmm takpe."kataku .Terbit rasa kasihan terhadap Syahirah kerana dia terpaksa menyertai kem ni dengan keadaannya yang tidak sihat.Selepas setengah jam, aku tak tahan kerana aku tidak dapat tidur dengan aman.
"Weh, Syera. Mehla kau tidur sebelah aku.Bergegar katil dari tadi aku tak selesa."kataku.
"okay."balasnya sambil turun dari katil dan tidur disebelah ku.Syahirah mengajakku berborak dan aku layankan sahaja ,tetapi tidak sampai 10 minit aku sudah tertidur.Kesian Syahirah cakap sorang-sorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience