BAB 4

Crime Completed 3866

“ Maafkan aku kawan jika aku tak dapat membantu. Ini sahaja yang termampu” Gadis berbangsa Thailand itu berbisik pada dirinya sendiri. Dia hanya berharap Laila dan Zati selamat.

Laila dan Zati diam tidak berkutik,kedua-duanya berserah sahaja. Nadine menolak daun pintu. Radin masuk sebaik Nadine sudah berada di dalam bilik itu.

“Bangun!!” Nadine menunjukkan sisi jahatnya lagi. Menendang-nendang beberapa gadis yang tidur bergelimpangan supaya bangun. Gadis Thailand yang sedang berkawal di pintu itu memberi isyarat pada temannya yang berada di tingkap supaya melihat pistol di belakang Radin.

Nadine terkejut kerana kepalanya di hentak dengan suatu benda tumpul. Sebaik dia berpaling, Radin bertindak menghentaknya lagi dengan belakang pistol automatik yang tidak berpeluru itu. Nadine rebah. Hidungnya mengalir darah pekat. Radin tidak menunjukkan riak muka bersalah kerana berbuat demikian , betul-betul di hadapan puluhan gadis malang itu.

Radin menunjukkan isyarat supaya mereka mendiamkan diri.

“Mana kawan kalian, si Malaysia itu?” Tanya Radin pada salah seorang dari mereka. Gadis itu menggeleng. Dia tidak tahu niat Radin bertanyakan hal itu maka dia hanya bertindak untuk mendiamkan diri. Zati terdengar suara Radin bersosek-sosek di tingkat atas. Laila menyiku Zati.

“Radin itu lebih jahat dari ular.” Zati mengerutkan dahi. Tidak memahami maksud Laila.

“ Aku dengar dia hendak pindahkan kita . dalam erti kata lain, menculik“ Zati bertambah hairan. Dia tidak faham.

“ Masih tidak faham? Kita akan di jual dengan Dollar US okay. $560,490 bersamaan seratus ribu lebih untuk seorang.“ Laila memberitahu.

“ Dia hendak bolot seorang diri?“ Akhirnya Zati dapat menangkap juga kata-katanya.

“ Hoi!“ satu suara menyergah mereka berdua.

Laila dan Zati terkejut kerana muncung pistol di halakan pada mereka dari tingkat atas. Laila tidak mahu bergerak, manakala Zati menikus di sisi Laila.

“ Lari” bisik Laila.

Zati membuka langkah seribu, alang-alang melarikan diri. Laila di belakangnya juga memacu tenaga. Terdengar beberapa das tembakan di lepaskan. Zati tidak memandang ke belakang lagi.

Dia cuma terasa sikunya basah, dia sedar dia telah di tembak tetapi kedengaran nafas Laila tercungap-cungap yang juga menyuruhnya lari selaju mungkin.

Zati sudah tidak betah lagi, kakinya tersadung, membuatkan dia tersungkur. Mendarat di tanah dengan tragis. Laila juga begitu. Kedua-dua mereka tersenyum dalam kesakitan.

“ Kita dah lari jauh” Laila bersuara tersekat-sekat.

Tapak tangannya meraup wajah yang berkeringat, serta-merta terbau hanyir darah.

“ Kau berdarah Laila” Zati kaget.

Pergelangan tangan Laila di tekan, Zati ngilu melihatnya. Peluru besi itu juga sempat tembus di tapak tangan Laila.

“ Diorang memang terlatih, bukan?” Zati juga berwajah pucat, sikunya juga kehilangan banyak darah. Sempat dia mengagumi balaci Ghein yang terlatih itu.

“ Aku rasa nak menjerit“ Zati berbisik pada teman pelariannya itu.

“ Sakit sangatkah?” Laila bertanya, sangkanya siku itu yang mnyebabkan Zati ingin menjerit.

“ Bukan itu, aku gembira dapat lari“ Zati bersuara termengah-mengah. Pandangannya kabur. Dia hanya sedar Laila menampar-nampar pipinya sebelum pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience