BAB 2

Crime Completed 3866

Imbas semula.

Zati seorang pekerja yang rajin. Kilang Rubbertex tempatnya bekerja sibuk sekali terutamanya awal bulan. Jadi Zati bekerja lebih masa sehingga pukul 9. Waktu bekerjanya tamat pada pukul 7.30 tetapi di sebabkan dia bekerja lebih masa maka dia ketinggalan bas pekerja. Jadi, dia perlu naik bas awam untuk pulang ke rumah. Zati membuka bekalan air sirapnya yang tinggal separuh. Di hirup sehingga habis bagi menghilangkan rasa dahaga.

Kawasan tempat menunggu di hadapan kilang itu jadi sunyi, hanya beberapa pekerja warga asing yang lalu lalang ingin pulang ke rumah dengan basikal cabuk mereka. Kebanyakan pekerja asing lebih rajin berbanding pekerja Malaysia sendiri. Mereka rajin membuat kerja lebih masa memandangkan ramai antara mereka yang hidup membujang. Sememangnya sesiapa yang bekerja di kilang akan tahu keperitan bekerja sebagai kuli, kurang hidup bersosial dan sukar mengawal perasaan.

Zati sendiri begitu, kerja awal pagi, balik lewat malam. Dan keesokannya dia akan kembali bekerja. Hendak menjamah makanan ibunya sendiri pun terlalu sukar. Zati terbiasa dengan makanan di kantin kilangnya. Bahu Zati yang lenguh itu di urut-urut. Penat dia menunggu bas tiba, sehingga pukul 9 lebih. Zati ambil keputusan untuk berjalan sahaja ke stesen teksi. Jarak rumahnya dan kilang agak jauh juga menyebabkan Zati perlu juga menaiki kenderaan.

Sampai di suatu persimpangan , Zati terasa seperti sudah lama di ekori. Jantungnya berdegup kencang, hendak menoleh pun dia tidak berani. Langkahnya di lajukan. Namun dia tidak dapat lari jauh, badannya penat. Bahunya di rentap kasar oleh seorang lelaki. Zati menjerit keras. Lelaki itu pantas menangkup mulutnya kejap. Tangannya yang sebelah lagi memeluk tubuh Zati erat dan menariknya memasuki belukar terdekat. Zati mengalirkan airmata kerana takut. Tudung bawalnya juga hilang entah ke mana.

Pegangan di mulutnya di lepaskan, Zati ambil peluang untuk meronta-ronta melarikan diri. Malangnya lelaki itu lebih pantas menarik rambutnya. Zati menjerit lagi kerana sakit, sambil dia berpaling menghadap lelaki itu.

“ Ughh, hodohnya” Zati hampir termuntah melihat lelaki hodoh yang berniat untuk merogolnya itu. Zati menghentam dagu lelaki itu dengan lututnya, sampai berdecit darah keluar dari celah bibir lelaki itu, tergigit lidah barangkali. Lelaki itu kesakitan dan meraung sambil jarinya meraba-raba lidahnya.

Zati terlepas , kemudian berlari sekuat hati sehingga menemui jalan besar. Beg sandangnya juga di tinggalkan, segala duit, telefon bimbit dan kad pengenalan ada bersama di tempat kejadian. Akibat dari berlari sekuat hati, Zati jadi panik melalui jalan besar, hampir – hampir nyawanya di ragut pula. Sebuah kereta laju, berhenti menekan brek kecemasan, membuatkan kedua-dua pemandu dan Zati sendiri terkejut. Zati tergamam. Terasa hendak tercabut lututnya. Seorang pemuda tergesa-gesa keluar dari perut kereta dan mendapatkan Zati.

Zati sihat dari trauma dan demam selama seminggu. Namun dia amat berterima kasih pada pemuda yang menolongnya malam peristiwa buruk itu berlaku. Radin namanya. Orang asli Johor. Zati hendak memanjangkan perkara itu kepada pihak polis namun dia tidak membenarkan. Katanya lagi, cukuplah Zati sihat dan tidak cedera. Pada mulanya dia agak pelik namun Zati hanya mendiamkan diri. Tentu Radin berfikir panjang supaya keluarga Zati tidak mendapat malu sebaik berita itu sampai pada telinga jiran-jiran.

Zati naïf dan bodoh. Kalau dia bijak sudah tentu dia tidak bekerja di kilang, tentu dia sudah berada di dalam bilik berhawa dingin, bermulut laser dan pandai mengarah orang. Rupa-rupanya perkenalan singkat itu menjerat dirinya ke arah satu fasa yang menyakitkan.

Zati sudah termakan bisa mulut manis Radin. Radin penyayang, dan baik hati. Juga tidak kedekut. Mati-mati dia percaya Radin sememangnya seorang eksekutif berpangkat tinggi. Suatu hari, setelah lama berkawan, Radin ingin menawarkan suatu peluang perniagaan . Kononnya berniat membantu Zati supaya keluar dari kelompok hidup miskin dan tersepit. Produk wangian. Malangnya, Zati di tipu hidup-hidup. Sewaktu hendak mencuba sebotol minyak wangi , Zati menarik nafas sedalam- dalamnya untuk menghidu wangian tersebut. Serta merta tubuhnya longlai.

Zati membuka mata, menyedari dia di dalam sebuah bilik yang hanyir, bersamanya terdapat ramai gadis lain yang senasib. Zati lansung menyedari hal itu dan dia terus menangis teresak-esak. Ramai juga perempuan lain berlainan bangsa yang berkumpul di dalam bilik itu, membuatkan Zati diam terpunduk. Hatinya yang hancur berkecai hanya Allah yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience