BAB 3

Crime Completed 3866

Radin dan Shauqi menolak daun pintu , tersengih-sengih melihat perempuan-perempuan muda itu terduduk.

“ Kalau bukan kerana bos ada di sini , tentu dah lama mereka jadi appetizer kan?” Radin menjerkah, sambil pertanyaan di ajukan pada Shauqi.

“Setan! Manusia setan…aku faham apa yang kau hendak sampaikan bangsat” jerit Zati di dalam hati. Mungkin Radin dan Shauqi tidak perasan bahawa ada juga beberapa wanita Melayu yang faham Bahasa Malaysia.

“Next is, 36: 28 : 38

“ Shauqi membaca bacaan ratio bentuk tubuh yang di kehendaki. Dua orang wanita bangsa asing di tarik keluar dari tempat duduknya, tidak jauh dari Zati. Radin tersenyum nakal. Tak sanggup Zati melihat teman sejenis mereka di raba-raba. Zati menangis dalam hati. Tiba-tiba satu suara berbisik padanya

“ Tabahkan hati kawan…kita takkan selamanya di sini.

“ Zati lantas berpaling ke belakang. Laila, gadis yang berasal dari Kuala Lumpur itu berpesan, meniupkan semangat pada Zati.

Ingin sahaja dia memeluk Laila pada masa itu kerana tahu masih ada rakan senegara yang boleh berkomunikasi dengannya kelak. Malam itu, Laila, Zati serta dua orang gadis warga Thailand bergerak perlahan-lahan menuju pintu. Laila memihit telinga dekat dengan pintu, dia sudah bersedia menerjal kepala Radin dan konco-konconya. Zati sedikit terubat kerana masih ada ‘lelaki’ di kalangan mereka. Laila berani orangnya.

“Aku berikrar jika bukan aku keluar dengan selamat maka mayatku dan kalian yang akan bebas.

“ Laila berucap dengan berapi-rapi sebelum dia membuat rancangan awal pagi tadi.

Siapa yang tidak mahu keluar, seminggu mereka tidak di beri makan demi untuk menurunkan berat badan agar nampak cantik, hanya di beri minum sahaja. Lama mereka berkeadaan begitu, sehingga Laila sendiri kadang-kadang jatuh sakit untuk mencapai bentuk badan yang sesuai. Selagi tidak menepati permintaan maka selagi itu mereka tidak akan di seludup keluar ke mana-mana pasaran.

Yang payah bertahan atau selalu sakit , akan mati akhirnya. Di layan seperti binatang. Laila dan Zati tidak mahu begitu. Hidup dan mati bukan di tentukan tangan mereka.

Malam kelam. Perempuan-permpuan muda yang keletihan itu tertidur, tidaklah nyenyak tetapi memenuhi tuntutan mengantuk sahaja. Laila dan Zati akan cuba keluar lagi, buat kali yang ketiga. Kali ini pengikut mereka lebih ramai tetapi enam orang berkawal di bilik, dua di pintu manakala Zati dan Laila diam di balkoni tingkat dua. Bersusah payah Laila meloloskan diri, ekoran dia sudah turun enam kilogram akibat diet melampau. Matanya yang cengkung melilau keadaan sekeliling.

Zati turun melalui ikatan kain, hasil dari baju dan kain yang di pinjam dari mangsa. Laila ikut turun sebaik isyarat di beri

“Clear” bisik Zati. Laila turun berhati-hati. Sebolehnya dia ingin terbang agar tiada satu bunyipun yang dapat di tangkap oleh penyangak-penyagak tersebut.

Laila bersandar di dinding yang memisahkan mereka dengan bilik Ghein itu. Zati menjadi pemerhati, walaupun sebenarnya dia sangat kecut perut. Derap kaki di tingkat dua kedengaran. Dua gadis yang menjaga pintu memberi isyarat kepada seorang gadis warga asing di tingkap untuk bersiap siaga. Gadis di tingkap itu melambai Zati. Zati angguk. Laila dan Zati duduk melutut. Apa nak jadi, jadilah.

Nadine dan Radin tiba di muka pintu.

“ Perempuan mana yang selalu larikan diri tu? Kau kata kau kenal dia?” Tanya Nadine pada Radin. Tentu sahaja Radin kenal Zati yang cuba melarikan diri sebanyak dua kali itu. Sepucuk pistol automatic yang tersisip di belakang Radin terkeluar sedikit. Gadis yang sedang bersiap siaga di pintu itu kebetulan ternampak senjata itu. Gadis itu menelan liur, kecut perut. Keinginannya untuk keluar dan lari sejauh mungkin sangat membuak-buak., namun sebaik melihat senjata api itu membuatkan dia berfikir banyak kali.

Gadis itu terasa ingin menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience