BAB 5

Crime Completed 3866

Zati tersedar. Sikunya terasa ketat dan ngilu. Zati meraba sikunya. Berjahit. Di suatu sudut, kelihatan Laila dalam keadaan rapi, bersama rambutnya di ikat kemas.

“ Kau selamat“ Laila memberi Zati meneguk air di dalam sebuah gelas.

“ Kita di mana ni?“ Zati rasa bingung. Meskipun sudah mendengar perkataan selamat, namun dia harus melihat sendiri bukti sandaran perkataan itu.

Seorang lelaki berpakaian kemas memasuki bilik itu. Zati hanya memandang dengan ekor mata sahaja.

“ Kau lari sahaja? Tak ada yang ikut?” Tanya lelaki itu pada Laila. Laila menggeleng. Dia cuma memandang monitor yang terpapar di hadapan , beberapa keping gambar lakaran tertera di skrin.

“Positif, inilah si celaka itu“ kata Laila berapi-api. Zati mula memikir-mikir. Jangan-jangan…

“ Kau polis?” Zati separa menjerit. Lelaki itu menerkam bola mata Zati yang terkejut. Laila Cuma senyum nipis.

Zati benar-benar tidak sangka. Laila sanggup menggadaikan nyawanya demi melakukan siasatan.

“ Inspektor Hazidi Ahmad….tulang belakang aku selama in“ Laila tanpa segan silu memperkenalkan. Ins. Hazidi mengangguk sahaja.

“ Dan dia , Detektif Laila Isabella, singa berani” Ins. Hazidi memuji Laila. Zati kagum terus-terusan. Dua manusia di hadapannya bukan calang-calang orang.

“ Jadi kalian memburu Ghein Volkov?” Tanya Zati ingin tahu. Laila menggeleng.

“ Tidak, Ghein adalah urusan Interpol, tetapi kami juga menyiasatnya. Sasaran utama adalah dua orang pengkhianat negara itu” Laila menjelaskan. Ins. Hazidi cuma mengangguk sahaja.

“ Jadi apa yang boleh aku bantu?“ Tanya Zati. Dia juga ingin sama-sama membantu membanteras jenayah pemerdagangan manusia itu.

Lebih-lebih lagi setelah dia sendiri yang melalui pengalaman menjadi mangsa tahanan selama sebulan itu.

Bibir Nadine yang bengkak itu di pandang. Ghein hanya memandangnya sedari tadi. Lama, sehingga membuatkan Nadine tidak selesa.

“Kalau dulu aku beri Siberian Husky kesayanganku makan daging rusa,bagaimana kalau dia bertukar selera? Hmm…” Lunak suara Ghein berdehem, memikir-mikir.

Nadine menelan liurnya,pekat. Janganlah si mafia itu berubah menjadi gangster pula. Perbezaan ketara mafia dan gangster adalah, mafia khusus di tubuhkan untuk menambah persaudaraan . menguatkan pertalian seluruh pelosok dunia, berganding bahu dalam apa jua perkara. Terutamanya bisnes. Gangster pula di tubuhkan berasaskan bisnes, menjadi sandaran kuasa supaya ada momokan.

Menakut-nakutkan pihak yang berbisnes. Kebanyakan mafia menjalankan bisnes berprofil tinggi dan berlesen.

Mempunyai ramai kenalan supaya mendapat bekalan serta berbisnes secara terbuka.Contoh perniagaan utama mafia adalah senjata api, emas , tembakau , bekalan kereta import dan pelbagai lagi. Kadangkala teman baik mafia sendiri adalah adalah Ketua Polis.

Gangster pula keseluruhan seperti bertindak bawah tanah. Kumpulan ‘underdog’ yang di momokkan. Terlibat dengan dadah secara besar-besaran. Seludupan dan tidak berlesen.

Di kenali dengan berkelakuan ganas dan di takuti. Namun mafia pula seakan-akan gangster yang di geruni, kadangkala mereka lebih kejam dalam bertindak. Pendek kata, dalam dunia pasaran gelap, mafia adalah persaudaraan berkelas tinggi berbanding gangster.

Zati di sepak dan di terajang. Laila juga begitu. Nadine melampiaskan amarahnya pada dua gadis yang di jumpai oleh Zeeta bersama konco mereka semalam. Kelihatan Zati terketar-ketar menahan sakit di dalam hutan gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience