BAB 1

Crime Completed 3866

Ghein Volkov. Ghein sedang menikmati cerut terbaik dari Cuba, dengan pembalut cerut coklat kekuningan jenis Claro. Dihadapannya saat ini adalah Shauqi dan Radin masuk menemui ketua mereka itu. Santapan pencuci mulut orang-orang elit. Radin terdahulu berdehem , bagi memberitahu kehadiran mereka pada Ghein yang sedang khayal dengan cerut kegemarannya itu.

Ghein mempersilakan kedua mereka duduk. Tanpa berlengah , Radin terus menyatakan kerisauannya.

“Susah kita macam ni bos, bekalan tak banyak. Nak memujuk, sudah kesuntukan masa.

“ Ghein meletakkan cerut kesayangannya yang belum habis di hisap dengan hati-hati. Asap di biarkan keluar menyisip dari celah bibir.

“ You’re my wing man. Should I told you everything to do?

“ Ghein yang berasal dari Russia itu bukan calang-calang orang. Mafia kental Russia yang bertapak di sosok Malaysia. Bertutur Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dengan fasih demi berkuat kuasa di negara itu.

Radin dan Shauqi menelan liurnya yang pahit.

“I’ve told you many times, only bring good news that I want to hear it fools !” Ghein acah-acah marah. Orang-orang Malaysia mudah kecut perut, jadi mereka payah melawan. Ghein ketawa dalam hati melihat tahap kejantanan dua lelaki muda itu.

“ Betul tu , tuan tetapi masalah kali ini kami ingin memohon pendapat tuan sendiri. Kami sudah buntu.” Giliran Shauqi pula mengadu. Dia tahu, dengan mengomel begitu, dia sukar mendapat apa-apa pun penyelesaian tetapi dia tetap ingin mencuba.

Ghein faham dan terangguk-angguk. Dia tidak mahu anak buahnya tertunggu-tunggu.

“Wait for me outside” arah Ghein. Dia mahu berkemas. Mejanya bersepah dengan habuk cerut yang di potong . Radin dan Shauqi keluar dari bilik Ghein. Kedua-dua lelaki itu berpeluk tubuh, menanti dengan sabar kedatangan Ghein.

Nadine dan Zeeta menendang empat orang gadis yang sedang terpunduk itu. Nadine sangat marah kerana mereka berniat untuk melarikan diri.

“ Pelarian, buat cara pelarian. Jangan sampey aku bunuh engkau orang” Nadine dengan slanga Russianya memarahi empat perempuan muda yang tertunduk-tunduk itu. Termasuk kali ini, mereka sudah dua kali tertangkap hendak melarikan diri dari tempat seludupan mereka. Pemerdagangan manusia. Itu lebih tepat.

Mereka menyeludup perempuan muda yang kebanyakannya berumur belasan tahun di mana mereka di perangkap tanpa kerelaan hati. Selalunya Radin dan Shauqi, lelaki Melayu yang berwajah tampan itulah yang menjadi umpan untuk perniagaan seludup milik Ghein tersebut. Selain itu, mereka juga menyeludup hasil tembakau dan rokok haram tanpa lesen, memasuki sempadan Malaysia –Thailand dan Malaysia-Singapura.

Salah seorang dari wanita yang berniat melarikan diri itu menjeling Nadine.

“ Dasar perempuan bangsat! Kalau kau di perangkap sebegini pun kau pasti meronta-ronta ingin keluar“ Laila separa berbisik, bibirnya yang sedikit merekah akibat terkena tumbukan padu dari Nadine di jilat-jilat bertujuan mengurangkan rasa pedih. Zati yang berada di sisinya merengus.

“ Radin adalah raja segala bangsat!!” Zati meluahkan rasa marahnya. Teringat akan perkenalan singkatnya dengan Radin dua bulan lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience