BAB 7

Crime Completed 3866

Anak buahnya bertindak menembak Shauqi hanya untuk amaran sahaja. Bahkan mereka tidak menyangka sepasukan polis Malaysia telah berada di situ pada masa yang sama.

Laila yang di ikat tangan dan mulut berasa kecut perut. Sudah saatnya si Volkov itu menangkap watak sebenar dirinya sekarang. Volkov mendapatkan Laila, rambutnya di tarik.

“ Kau polis bukan? Bangsatt !!” Ghein berteriak sambil mengacu pistol automatik pada dahi gadis itu. Peluh dingin membasahi tubuhnya. Yang di rasakan hanyalah laras hujung pistol yang sejuk di dahinya. Laila mengucap di dalam hati. Seraya bertakbir.

Gedebukk ! Kepala Ghein di pukul. Sebaik Ghein rebah, kelihatan Zati, berwajah pucat di belakang . memegang sebatang kayu berpaku. Dahi dan mulutnya berdarah, kesan pergelutan. Tentu Zati bergelut dengan Zeeta dan Nadine.

Laila bangun dan mencapai pistol Ghein. Serta merta gadis itu bertindak liar. Laila menembak sesiapa sahaja yang tidak memakai baju uniform polis yang di kenalinya.

Zati terduduk kerana dia tidak mampu bertahan lagi, telinganya menangkap bunyi halus yang berdesing. Bunyi peluru berterbangan. Doanya semoga Laila selamat. Semoga semuanya selamat…Zati rebah di sisi batang tubuh Ghein.

Zati terasa khayal. Mulutnya bengkak, giginya hilang dua biji akibat di belasah teruk. Tangan kanannya yang tertembak kelmarin terasa sebu dan ngilu.

“Collar bone” miliknya retak. Zati memandang di kiri kanan. Tiba-tiba ada satu cahaya flash betul-betul di pintu biliknya.

“Ini hospital?” Zati ingin buka mata tetapi sinar lampu denyar itu menyilaukan matanya. Dia cuma mendengar suara Laila dan ins. Hazidi berkata

“ Wartawan di larang masuk“ .

Sudah dua hari. Berita bertajuk

“ Srikandi Negara“ terpampang di mana-mana dada akhbar. Kelihatan wajah Zati yang terlantar koma seminggu di muka hadapan.

Namun khabar yang paling menggembirakan hatinya apabila Laila memberitahu bahawa tahanan penyeludupan yang di jual di Singapura dan Vietnam itu di cari semula dan di bawa pulang ke negara asal masing-masing.

Zati pulih seperti sediakala. Kelmarin dia menghadiri majlis yang menyambutnya dengan gelaran srikandi itu. Dia membawa pulang bersama pingat jasa Negara Hang Tuah, mewakili keberaniannya selama menghadapi hidup sukar bersama Laila.

Laila menjemputnya petang itu, membawa Zati berjumpa seseorang. Radin. Radin di asingkan di dalam sel khas kerana bertindak ganas dan membahayakan orang ramai. Mereka di temukan bersama dua pegawai penjara khas, Ins. Hazidi , Ins. Imran dan Laila sendiri.

Zati tidak dapat menahan amarahnya sebaik melihat Radin tersenyum sinis memandangnya. Zati berang dan menendang alat kemaluan lelaki itu tanpa sempat di halang oleh mereka yang lain.

“ Aku harap kau tidak akan melahirkan zuriat“ Zati berlalu sambil menangis. Dia berang dan sakit hati mengenangkan cerita yang di dengarinya dulu sewaktu dalam tahanan.

Beberapa gadis yang berada di dalam tahanan bukanlah seorang ‘gadis’ lagi setelah jatuh ke tangan Radin sebelum di perangkap di dalam tahanan. Salah seorangnya adalah Zati sendiri.

Biar mereka tahu bahawa wanita bukan kaum lemah walau pada padangan mata kasar kudrat mereka seakan terbatas. Dia juga sudah tidak mahu menjadi manusia bodoh yang membiarkan dosa mengalunginya sepanjang hayat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience