BAB 6

Crime Completed 3866

Laila pula bersandar di sebuah pohon. Sangka Zeeta mereka tidak dapat lari jauh. Padahal itu adalah salah satu taktik mereka hendak memerangkap Shauqi dan Radin.

Laila sedia maklum bahawa Radin dan Shauqi telah merikan diri tetapi dia ingin membawa kumpulan mafia itu sendiri menemui dua orang pengkhianat itu.

Namun Laila dan Zati sudah lali dengan sepak terajang mereka kerana Laila dan Zati telah di suntik ubat. Ubat kebas,lebih tepat lagi dadah. ‘Painkiller’ . Zati meludah darah yang bercampur dengan liur itu.

Kedengaran Nadine dan Zeeta bersembang dalam bahasa Russia. Orang Russia gemar meninggikan ton suara dalam berbicara.

“ Diorang rancang nak bunuh kita” Laila bersuara perlahan. Zati memandang Laila tidak berkelip.

“ Kau faham?” Zati hairan akan kebolehan si polis berani itu.

“ Then what do you take me for? A blank paper?” Laila menyungging bahu Zati. Sememangnya Laila seorang polis cekap, tentulah dia mahir berbahasa Russia jika dia hendak berhadapan dengan musuhnya.

Dua hari berlalu. Laila berusaha mendekati Nadine, ingin menawarkan sesuatu sebagai tukaran supaya tidak membunuh mereka berdua. Zati sedari tadi berdoa. Dia tahu berdosa menyerahkan diri untuk di bunuh, tanpa ada usaha menentangnya. Tetapi dia yakin Laila pasti dapat menyelesaikannya. Sewaktu mereka di beri makanan , Laila menyentuh jemari Nadine. Memberi isyarat. Namun Nadine bertindak menyepak tangan Laila. Laila terkejut.

“ Huh perempuan ni ! Nak tolong bagi naik pangkat pun susah.” Laila bersungut di dalam hati. Dia kasihan melihat Zati yang sudah tidak tertahan lagi di seksa.

Laila tidak berputus asa. Dia mendekati Zeeta pula. Dia tidak mahu berbahasa isyarat lagi.

“ I know where is Radin“ Zeeta membuntangkan mata mendengar ayat itu, serta merta mulut Laila di pekup.

Bilik Ghein. Laila mengangguk, mengiyakan setiap pertanyaan Ghein Volkov. Zeeta sudah kembang kuncup akibat di puji oleh Ghein kerana dapat mengorek maklumat dari Laila. Beberapa minit kemudian masuk dua orang lelaki berbadan tegap , lengkap bersenjata menarik batang tubuh Laila. Laila kaget awalnya, mengenangkan Zati masih berada di dalam tahanan seorang diri.

“ Kau menjadi cagaran atas apa yang kau sampaikan” Ghein berbahasa Melayu tanpa kekok.

Laila berbangga jika ada warga asing yang berbahasa Melayu tetapi mengenangkan yang menggunakannya adalah warga Russia yang angkuh, Laila jadi menyampah pula.

Radin mengira-ngira jumlah wang tunai yang mereka terima dari pasaran gelap Singapura dan Vietnam. Dia menawarkan harga yang murah kerana dia tidak mahu menanggungg tahanan berlama-lama, di khuatiri tertangkap pihak berkuasa.

Shauqi baru pulang dari melihat stok syabu yang baru masuk ke Malaysia kelmarin.

“Puas hati, gred A“ puji Shauqi, mengakui syabu dari Mexico adalah terbaik. Radin senyum tipis , sekepuk duit yang berikat dengan getah di lempar pada Shauqi.

“ Ini baru elaun“ Radin membangga diri.

Shauqi senyum sehingga ke telinga. Namun kegembiraan itu hanya bertahan beberapa saat sehingga satu das tembakan kedengaran. Radin terkejut bukan kepalang , revolver tembaga miliknya di capai, seraya bertindak berkubu di sebalik pintu.

Shauqi sudah terkulai di lantai menahan darah pekat yang mengalir di bahunya. Ins. Hazidi dan Ins. Imran masuk serentak. Bukan mereka yang melepaskan tembakan. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu.

Saling balas-membalas. Sebenarnya Ghein Volkov sudah sampai sejam yang lalu, anak buahnya menjadi pemerhati, sambil mengarahkan laras sniper ke arah kubu baru pengkhianat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience