BAB 4

Romance Completed 2084

“ Daripada jauh lagi aku tengok kau sedang syok termenung kat sini, tu yang turun je van aku terus dapatkan kau ni. Kau ada masalah ke,Sky ?? Kalau ada masalah tu, jangan la asyik nak pendam je. Sudi-sudilah kongsi aku. Mana tahu aku boleh tolong.”

Skylar memberhentikan langkah. Dia memandang Usna yang nampak ikhlas berkata.

“ Masalah kecil je, Ima. Aku je yang terlebih emosi. Kau jangan risau, okay?” Skylar mengukirkan senyuman. Usna mengangkat kening.

“ Atau jangan-jangan kau merajuk dengan buah hati kau tak? Tu yang teremosi lebih tu.” Balas Usna yang kemudiannya pantas berjalan ke arah van meninggalkan Skylar yang terkulat-kulat. Mennyedari dirinya dipermainkan, Skylar pantas mengejar langkah Usna.

“Ima, kau saja je kan nak kenakan aku. Aku mogok tak nak cakap dengan kau hari ni” Skylar berkata kepada Usna yang tersengih-sengih tanpa rasa bersalah.

“ Alah.. setakat mogok macam tu je pon. Aku tahu lah cara nak buat kau bercakap dengan aku.”balas Usna sambil ketawa terkekeh.

Skylar memasamkan wajahnya. Dia menuju ke arah belakang Van. Dia mencapai tong yang berisi air mineral yang agak besar. Terkial-kial dia berusaha untuk murunkan tong itu. ‘ Berat jugak tong ni, tengok tong tak ada la besar sangat’ hati Skylar berkata-kata.

“ Tong tu berat. Tak usah la angkat yang tu. Biar saya yang angkat” tegur suara lelaki di belakangnya yang muncul secara tetiba. Skylar tersentak. Tangannya yang cuba mengangkat tong itu terlepas.

Jelas sekali riak terkejut diwajahnya. Dia mengusap dada. Skylar mengerling ke sebelah. Seorang lelaki yang berwajah tenang di sebelahnya sudah berjaya menurukan tong berisi air mineral itu ke tanah.

Menyedari tingkahnya diperhati dengan pandangan yag kurang menyenangkan, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience