BAB 7

Romance Completed 2084

“ Kalau kamu suka, bacalah sampai habis ya.Semakin banyak membaca, makin banyak ilmu yang kita dapat. Dan makin mudah kita nak share dengan orang lain kan??” Skylar mengusap kepala Noura yang mengangguk mengiakan kata-katanya.

Malam itu terasa dingin dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa masuk melalui jendela yang terbuka luas. Skylar sedang termenung sendirian. Dia kemabli teringat malam terakhir di perkampungan orang asli 2 hari yang lepas.

“ Skylar, saya nak bercakap sikit dengan awak” satu suara yang tiba –tiba kedengaran mematikan tawa Skylar yang sedang asyik berborak dengan Usna di atas bangku. Skylar mengerutkan dahi.

“ Ada apa??” Tanya Skylar bersahaja. Khairul m mengerling sekilas kearah Usna yang turut sama memandangnya dengan raut wajah yang pelik. Skylar yang menyedari hal itu cepat bersuara. “ Tak manis bercakap berdua je. Lagipon kan dah malam ni. Kalau awak rasa tak boleh nak bagitau dengan ada Usna kat sini, bagitau esok je la.” Skylar berkata dengan senyuman. Ikhlas sekali raut wajahnya.

Khairul m serba salah. Mahu diberitahu esok. Dia bimbang jika tidak sempat kerana pagi-pagi lagi mereka sudah berangkat dan mereka bukan satu kereta. Hendak atau tidak dia harus meluahkan.

“ Baiklah, saya akan direct to the point. Skylar, saya suka kat awak dan kalau boleh saya nak jadikan awak seorang yang halal buat saya. Yang bolehjadi pengamping saya. Mungkin awak akan kata yang keputusan saya terburu-buru tapi saya tahu setiap keputusan yang saya ambil. Saya tiada masa untuk bercinta sebelum nikah dan melalui proses perkenalan dengan lebih jauh. Tidak sampai sebulan daripada sekarang, saya akan ke Jordan untuk sambung pengajian Master dan sekiranya awak bersetuju untuk terima lamaran saya, dalam tempoh tak sampai sebulan ni, kita akan menikah dan sekiranya awak menolak lamaran saya, anggap sahaja yang saya tidak pernah berkata apa-apa pada awak.” Tenang suara Khairul m membuatkan Skylar terkedu. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Usna turut sama diam menjadi pemerhati drama sebabak itu. Dia kemudiannya menguis Skylar yang hanya diam apabila menyedari raut wajah tenang Khairul m sudah bertukar kemerah-merahan. Malu barangkali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience