BAB 6

Romance Completed 2084

Kalau tidak kerana minggu depan kuliahnya bermula, mahu sahaja Skylar memohon kebenaran untuk tinggaldi situ lebih lama. Dia sudah mula rapat dengan remaja perempuan di sana.

Sedikit sebanyak dia cuba menerangkan berkaitan Fiqh wanita kepada remaja perempuan muslim yang masih dahagakan ilmu tentangnya. Memang seorang guru itu mulia lebih-lebih lagi kalau guru yang bertugas di pendalaman.

Skylar bertekad. Setelah menghabiskan ijazahnya, dia akan berkhidmat sebagai guru. Itu tekadnya.

Tempoh seminggu itu hamper berlalu dan malam ini adalah malam terakhir mereka di situ dan keluarga Tok Batin Hassan mengadakan sedikit jamuan perpisahan untuk mereka.

Skylar membuka beg pakaiannya. Seketika kemudian dia mengeluarkan buku berwarna hijau muda yang bertajuk Fiqh Wanita. Buku yang baru dibelinya sewaktu menunggu kedatangan Usna seminggu yang lalu.

Dalam kerancakan suara Tok Batin yang sedang berbual jelas kedengaran dari biliknya. Skylar memandang ke luar. Tirai kain yang menjadi pemisah diselak sedikit. Mencari kelibat Noura, gadis remaja yang berusia 16 tahun. Tetiba-tiba matanya melihat gadis itu ingin ke dapur. Pantas Skylar mendapatkan Noura.

“ Noura, akak ada sesuatu nak bagi pada Noura!” ujar Skylar dengan senyuman yang tidak lekang daripada mewarnai bibirnya. Dia menunjukkan buku itu pada Noura. Wajah Noura Nampak bersinar seakan teruja.

“ Maaf tidak berbalut pulak akak bagi hadiah” melihatkan Noura yang masih tidak berkata-kata, Skylar segera berkata.

“ Akak ni, hadiah tak semestinya kena balut. Noura cuma tergamam kejap. Tak percaya dapat hadiah macam ni tau. Wah.. pasal fiqh wanita yang akak ada terangkan hari tu kan?? Best yer. Terima kasih ya kak” Noura membelek –belek buku ditangannya.

Dia ternyata senang dengan hadiah yang tidak seberapa itu. Noura sememangnya seorang gadis yang cukup bijak. Di kawasan itu, Noura diantara mereka yang berpotensi besar untuk pergi jauh. Tambahan pula Noura anak Tok Batin di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience