BAB 11

Romance Completed 2084

Skylar memandang suaminya. Khairul Hanafi tetap dengan wajah tenangnya.

“ Aku terima nikahnya Dinda Binti Kamarulzaman dengan mas kahwin RM600 tunai!” sekali lafaz sahaja, saksi –saksi mengesahkan dan akhirnya ikatan itu termaktub jua.

“ Selamat Pengantin Baru suamiku!!” ucap Skylar bersama senyuman dibibir. Hatinya merasa sedikit terkesan dengan keadaan itu namun dia segera menepis perasaan yang cuba mencengkan dan merosakkan hatinya. Itu adalah keputusannya.

“ Saya terima lamaran awak!” jawapan Skylar membuatkan Khairul m Syazwan mengukirkan senyuman. Walaupun wajahnya masih beriak tenang tetapi jelas kegembiraan pada raut wajahnya.

“ Tapi saya ada satu permintaan dan saya sangat berharap awak akan dapat tunaikan untuk saya” segera Skylar memintas.

Khairul Hanafi mengerutkan dahinya namun dia sekadar menganggukkan kepalanya. “ Insyaallah, jika saya mampu untuk laksanakan, saya tidak akan menolak permintaan itu” balas lelaki itu tenang.Dan kini, suaminya itu sedang mengotakan janji.

Ya, dia yang menginginkan suaminya menikahi Dinda. Dia yakin dengan keperibadian lelaki itu akan mampu menjadi imam pada mereka. “ Tahniah, Iha!” ucap Skylar lalu memeluk erat tubuh Dinda. Sahabat kesayangan itu dipeluk erat.

“ Terima kasih Sky untuk segalanya!!” tiba-tiba Dinda menuturkan kata-kata itu. Khairul m Syazwan dating menghampiri.

“ Alhamdulillah, isteri-isteri abang yang dikasihi, semoga Allah berkati bahtera yang kita bina dan semoga abang mampu menjadi imam yang terbaik untuk kalian. Jika terdapat kekurangnya nanti, jangan rahsiakan antara kita. Insyaallah semoga kita bahagia hendaknya!!” kata-kata Syazwan begitu menyentuh hati Skylar.

“ Amin!!” Dinda dan Skylar sama-sama mengaminkaN. Itu doa mereka dan semoga kebahagiaan akan jadi milik mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience