BAB 8

Romance Completed 2084

Skylar terasa tidak mampu bersuara. Baru sebentar tadi dia terkejut dengan perkhabaran daripada Usna tentang lelaki itu. Kata Usna, lelaki dihadapan mereka itu adalah pensyarah mereka.

Itu jugak menjadi sebab kenapa Usna tidak terjumpa lelaki itu sewaktu mesyuarat ahli diadakan sebelum program. Sekarang lelaki itu sedang melamarnya. Seakan sukar untuk Skylar terima kenyataan itu. Mengapa dia?

“ Awak seriuskah?” Sofiiyya cuba meminta kepastian. “ Saya tersangat serius dan yakin dengan keputusan yang saya buat. Sekarang semua terserah pada awak sama ada hendak terima atau tidak. Saya tidak memaksa!” Skylar menarik nafas. Dia memandang wajah Usna yang tersenyum senang kearah mereka.

“ Berikan saya masa untuk berfikir. ” Akhirnya Skylar menjawab perlahan.

Skylar menarik nafas panjang lalu dilepaskannya perlahan-lahan. Jam loceng yang bertenggek Sdi atas mejanya diamati seketika. Tiba-tiba muncul Dinda dengan wajah yang merah seperti baru lepas menangis. Wajah itu nampak kusut dan gelisah. Skylar mendekati sahabat baiknya itu. Memang benar, Dinda menangis.

“ Iha, kau kenapa?” Skylar bertanya perahan sambil tangan kanannya mengusap belakang Dinda. Berharap dapat menyalurkan ketenangan dengan cara itu.Dinda masih teresak. Dia menggelengkan kepalanya membuatkan Skylar berkerut. Apa maksud gelengan itu?

“ Iha, cuba kau bagitau kau apa masalah kau. Jangan pendam sorang nanti sakitkan akan lebih parah. Aku kan kawan kau, cuba ceritakan pada aku apa masalah kau.” Sekali lagi Skylar cuba memancing Dinda untuk bercerita. Dinda mengangkat wajah dan merenung Skylar dengan mata yang sudah merah.

“ Aku.. aku… Azrul..dia.. dia dah tinggalkan aku!!” tergagap-gagap suara Dinda memberitahu lalu dia memeluk Skylar erat.Dia teresak lagi.

“ Kau janganlah bersedih Iha. Aku yakin Azrul tu bukan jodoh kau tapi Allah nak berikan kau jodoh yang lebih baik dan seorang yang benar-benar ikhlas sayangkan kau. Mungkin perpisahan kau dengan Azrul akan temukan kau dengan insane yang lebih baik. Berpisah pada setiap pertemuan memang menyakitkan tapi kita kena kawal perasaan untuk terima hakikat itu. Tidak semestinya kita selalu memperolehi benda yang kita inginkan didunia ini.” Kata-kata Skylar membuatkan esakan Dinda makin kuat. Serba-salah Skylar dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience