BAB 10

Romance Completed 2084

Dinda memeluk Skylar erat. Betapa sekarang baru dia menyedari betapa besarnya nilai persahabatan mereka yang selama ini lansung dia tidak hargai. Skylar menepuk lembut bahu Dinda.

Sudah beberapa malam dia melakukan solat Istikharah dan dia mendapat petunjuk yang sama. Dia bermimpikan sesuatu beulang ulang kali. Dalam mimpinya,dia sedang memegang tangan Khairul Hanafi dan mereka sedang bahagia di sebuah taman yang cantik.

Namun dia ternampak seorang perempua yang muncul tiba-tiba kearah mereka dengan mengendong seorang bayi di dalam dakapannya. Bayi itu disuakan pada Skylar.

Skylar menyambut bayi itu. Khairul m mencium dahinya. Dan seketika kemudian Khairul m mencium perempuan itu. Skylar cuba mengingati mimpinya. Siapa perempuan itu?? Tetapi wajahnya kurang jelas.

Insyaallah, Skylar yakin dengan keputusannya dan dia dengan sepenuh hati menerima Khairul Hanafi dalam hidupnya. Ya, dia sudah menjadi sebahagiaan daripada hidup lelaki itu kini.

Kata sepakat dicapai dan akhirnya dia menjadi seorang isteri. Statusnya sebagai seorang pelajar? Dia akan menghabiskan ijazahnya di salah sebuah university di Jordan. Semoga keputusannya tepat.

“ Abang, jadilah seorang suami yang mampu membimbing kami!!” ucap Skylar di dalam hatinya. Dia memandang ke sebelahnya dan kelihatan Dinda mengukirkan senyuman.

Walaupun wajahnya tersenyum tetapi Skylar seakan dapat merasa hatinya yang gundah. Insyaallah, semuanya akanbaik-baik sahaja, Skylar menghantar isyarat mata pada Dinda yang kemudiannya tunduk ke atas lantai yang dibaluti permaidani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience