BAB 1

Romance Completed 2084

Senyuman terukir di bibir Skylar h melihat keletah anak kecik yang berlari-lari mendapatkan si ibu yang sedang duduk sambil menjahit sesuatu di tangannya. Si anak tampaknya begitu cergas dalam dunia kecilnya.

Wajahnya lansung tidak mencerminkan kerisauan.Dunianya hanya mengenal erti gembira. Alangkah indahnya zaman waktu kecil itu. Hati Sofiyah kembali terkenangkan waktu dulu.

Fikirannya melayang mengingatkan Dinda. Teman baiknya sejak kecik sehinggalah mereka menamatkan zaman sekolah dan kini menuntut di universiti yang sama.

Dia teramat menyanyangi ukhwah yang sudah lama terbina diantara mereka, terjalin kukuh dengan ikatan kasih sayang. Namun, dia terkilan dengan sikap Dinda semenjak-dua menjak ini. Sahabatnya itu seakan terbuai dengan dunianya. Hanya dengan kehadiran seorang jejaka kacukan British yang bernama Azrul.

Semuanya sudah menjadi lain. Dinda seakan-akan berubah menjadi karakter yang begitu aneh padanya. “ Iha, kau nak kemana malam-malam macam ni?” suara Skylar yang masih bertelekung dengan Al-Quran ditangannya bertanya lembut.

“ Aku nak keluar kejap jumpa Azrul” balas Dinda bersahaja.Kening Skylar berkerut.

“ Sekarang ni dah nak dekat pukul 9 dah. Kau nak keluar berdua je ke dengan dia. Bahaya tu. Tak boleh keluar pagi esok ke?? Kalau hal penting sangat, biar aku temankan.”

Skylar sudah bangun dan berkira-kira untuk menanggalkan telekung yang dipakainya. Hatinya sungguh bimbang untuk membiarkan Dinda keluar dengan jejaka yang baru 2 bulan dikenalinya. Sekuat mana imannya pon, dia tetap seorang lelaki dan Dinda itu perempuan. Apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan, akan munculnya yang ketiga, iaitu Syaitan.

“ Ala Sky, aku keluar kejap je la. Kau takyah la risau sangat pasal aku. Aku dah besar lah dan aku tahu nak jaga diri aku ni. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku.” Jawapan Dinda mematikan langkah Skylar. Mengapa ayat yang keluar dari bibir Dinda seakan tidak enak pada pendengarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience