Bab 2

Drama Series 3124

~~Bab 2~~
First time bekerja
------------------------------------------------------------------------------
Hanani melangkah dengan bersemangatnya menuju ke meja kerjanya. Hari pertama sebagai setiausaha Izkandar bermula. Namun, wajah Izkandar masih tidak kelihatan.

Meja kerja Hanani bersebelahan dengan pejabat Izkandar. Dari jauh lagi Hanani sudah mendengar derap kaki yang semakin mendekat. Hanani sudah bersedia berdiri bagi menyambut kedatangan Izkandar.

"Selamat pagi, encik Izkandar." Sapa Hanani apabila Izkandar sudah berada di hadapan . Sunyuman manis juga tidak lekang dari bibir.

"Selamat pagi, my future wife." Selamba sahaja Izkandar berkata begitu kepada Hanani.

"What? No way!" Tegah Hanani. Ingat lagi dia ni. Mukanya sudah merah. Marah dan malu.

Izkandar tersenyum memandang setiausahanya yang mengenakan baju kurung moden berwarna biru muda dan tudung shawl berwarna biru tua itu. Sedikit sahaja mekap di muka. Cantik.

"Nampaknya baju kita sepadan." Alih topik. Kali ini, pandangan Hanani tertumpu pada kemeja Izkandar yang berwarna biru muda, kot hitam dan tali leher berwarna biru tua.

"Dah lah! Please, go to your office now. Tak ada kerja ke?" Tanya Hanani . Izkandar hanya mengangguk. Hanani menghantar Izkandar yang tersenyum-senyum melalui ekor matanya.

-------------

Waktu rehat tiba. Izkandar menutup fail yang diperiksanya tadi. Dia keluar dari pejabatnya. Hanani masih melakukan kerjanya. Izkandar tersenyum gembira. Senang kerjanya.

"Jom lunch." Ajak Izkandar. Hanani hanya tersenyum. Dia menggeleng.

"Kerja masih banyak, encik." Tolak Hanani. Izkandar mengeluh. Kerja aku pun banyak lagi!

"Tinggalkan aje. Jomlah lunch." Ajak Izkandar tanpa berputus asa. Hanani mengeluh. Memang dia lapar. Tadi, Amira, teman sepejabatnya ada mengajak dia makan. Tetapi, ditolak kerana kerja masih bertimbun.

"Jomlah. Saya bosan makan sorang-sorang ." Pinta Izkandar lagi. Hanani buat muka tiada perasaan. Namun, perutnya yang berlagu minta diisi amat mengganggu dia membuat tugasannya.

"Oklah. Disebabkan perut saya lapar, saya lunch dengan encik." Hanani bangun dari kerusi dan mengambil beg tangan di atas meja. Kemudian, Hanani mengatur langkah mengikuti Izkandar. Izkandar tersenyum meleret.

-------------

Hanani menyuap chicken chop ke dalam mulut. Izkandar telah pum belanjanya dia makan tengahari. Tak baik tolak rezeki kata orang.

"Terima kasih." Kata Izkandar. Wajahnya amat ceria.

"Untuk apa? Sepatutnya saya yang patut berterima kasih pada encik sebab dah belanja saya makan."

"Sebab awak sudi lunch dengan saya. Lagi satu, awak janganlah berencik-encik dengan saya di luar waktu kerja."

Hanani hanya mengangguk. Suapan diteruskan.

"So, dah sedia jadi isteri saya? Bila boleh langsungkan majlis?" Hati yang baru sahaja reda kini berapi semula. Soalan karut!

"Boleh tak jangan cakap pasal tu lagi? Karut!" Hilang selera makannya.

"Ok, ok! Saya minta maaf. Tak tahu pula awak marah sampai macam tu. I'm so sorry. This is my fault."

"Janji jangan cakap benda yang mustahil lagi!"

"Janji!" Izkandar mengangkat tangan seperti orang sedang berikrar. Geli hati Hanani. Dia ketawa kecil. Suapan diteruskan sehingga habis.

-------------

Izkandar merebahkan dirinya di atas katil. Diari di atas meja sisi katil dicapai. Ingatkan lelaki tak ada diari. Penulisan dimulakan.

~~Aku dah jumpa 'dia'. Cinta Pandang Pertama. Cukup sempurna. Cukup syarat. Cantik, baik, sopan, berhijap, bertanggung jawap dan banyak lagilah! 'Dia' tu ialah Hanani Alisya. Dia istimewa. Dia segalanya. She perfect.~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience