Bab 5

Drama Series 3124

~~bab 5~~
------------------------------------------------------------------------------
"Haish, mana Hana ni? Semalam kata nak keluar pukul 8:00 a.m., tapi sekarang dah 8:30 a.m. Setengah jam dah aku tunggu," ujar Izkandar. Beberapa minit kemudian, Hanamai pun muncul dalam keadaan tergesa-gesa.

"Err...sorry encik, sebab keluar lambat. Tapi salah encik juga bagi saya kerja last time!" Ujar Hanani. Hampir semput dia. Izkandar hanya ketawa kecil.

"Jom, cepat! Kita dah lambat setengah jam tau!" Ajak Izkandar. Mereka masuk ke dalam kereta.

Izkandar memulakan perjalanan. Mereka masing-masing diam membisu. Tiba-tiba, Izkandar bersuara menceriakan suasana.

"Zilly, zilly, zilly, zilly, ya leka, billy, billy," nyanyi Izkandar . Betulkah lirik lagu yang aku nyanyi ni? Hentam je lah!

Izkandar meneruskan nyanyiannya. Nyanyiannya terhenti apabila terdengar Hanani tertawa.

"Hahaha, kelakar lah encik. Patut pun ramai orang yang cakap encik ni dah gila sikit," kata Hanani. Izkandar tertawa kecil. Lawak kah?

Beberapa minit kemudian, Izkandar memberhentikan keretanya di sebuah restoran. Hanani turun dari kereta. Mereka berdua berjalan seiring masuk ke dalam restoran tersebut.

Tiba-tiba, mereka terserempak dengan sepupu Izkandar, Fazil. Fazil tersenyum sendiri.

"Dah berpunya rupanya. Bila jumpa?" Tanya Fazil. Hanani tersentak. Kenapalah semua orang fikir aku ada hubungan dengan Izkandar? Annoying betul!

"Err, sorry ya, saya ni PA dia, bukan girlfriend dia, ya!" Bantah Hanani. Fazil hanya menggangguk kemudian berlalu pergi apabila ternampak anak mata Izkandar yang memberi isyarat kepadanya untuk pergi.

Mereka duduk di meja bersebelahan tingkap. Secara tiba-tiba, Hanani terpandang anak mata Izkandar. Mereka bertentang mata. Rasa malu meluak-luak, namun biji matanya tidak dapat bergerak. Dia terpaku!

Tiba-tiba, waiter datang mengambil pesanan. 'Cis, potong betul lah waiter ni!' Marah Izkandar di dalam hati.

"Ok, saya nak mushroom soup dan air orange juice. Awak?" Tanya Izkandar. Hanani meneliti menu.

"Bagi saya cheesekut, dan mango juice," pesan Hanani. Dia suka makan manis-manisan seperti cheesekut. Cheese yang meleleh! Sedapnya!

Setelah mengambil pesanan, waiter itu pun berlalu pergi. Izkandar memandang Hanani. Hanani sedang melihat keindahan dunia Cameron Highland.

"Lepas ni kita pergi Ladang Teh, Taman Lavender dan Ladang Strawberi. Saya rasa, awak suka kepada keindahan semulajadi. So, adakah pilihan saya betul?" Tanya Izkandar. Sebenarnnya, dia mahu makan angin bersama Hanani sebelum pulang.

Hanani teruja. Tempat-tempat tersebut sangat digemarinya. Dia menggangguk laju. Izkandar lega.

Makanan yang dipesan sampai. Mereka makan sambil berbual. Kadang-kadang ketawa, annoying dan kena trick! Sekurang-kurangnya, itu dapat menghilangkan kesedihan di hati Hanani. Izkandar tersenyum.

*BAHAGIAN INI DISAMBUNG SEMULA*

"Wah, nyamannya! Jom kita pergi tempat yang tinggi tu!" Ajak Hanani. Dia keriangan. Izkandar menggeleng kepala. Macam budak-budak!

Sampai di kawasan yang tinggi, Hanani memejamkan mata. Nyamannya! Izkandar mendapat satu idea. Dikeluarkan handphone dan, snap!

"Dapat!" Ujar Izkandar, perlahan. Namun, dengar di telinga Hanani. Cepat-cepat dia membuka mata.

"Encik ambil gambar saya, ya?" Tanya Hanani. Izkandar meneruskan langkahnya. Tidak menghiraukan Hanani. Izkandar!

Hanani terpukau dengan kecantikan dan keunikan berpuluh jenis bunga di situ. Ada wanra ungu, merah, kuning, pink, dan banyak lagi!

Izkandar membawa Hanani ke kawasan yang terdapat banyak jenis bunga. Ramai orang mengambil gambar di situ.

"Awak bawa monopod?" Tanya Izkandar. Hanani menggangguk. Lantas, dikeluarkan monopod dari dalam beg tangannya.

"Jom selfie!" Ajak Izkandar. Belum sempat Hanani hendak menolak, Izkandar terlebih dahulu memintas.

"Sekali-sekala, apa salahnya?" Izkandar bersuara. Hanani mengalah. Pelbagai gaya mereka gunakan. Yang penting, gambar itu cantik sekali! Pandai Izkandar mengambil gambar.

Mereka pergi mencuci gambar tersebut. Merah saja! Hanani mendapat dua keping gambar. Begitu juga Izkandar. Gambar tersebut disimpan sebagai kenangan.

-------------

Pokok strawberi didekati Hanani. Macam sedap! Tapi, beli di luar lah! Kena marah pula nanti.

"Kalau nak makan, makan je. Nanti saya bayar," ujar Izkandar. Hanani teruja. Dia memetik satu. Dijamahnya perlahan. Sedapnya! Hanani memetik lagi. Akhirnya, sepuluh biji strawberi dimakannya!

Izkandar menggeleng kepala. Hana... Hana... Perangai sebenar dia begini rupanya! Namun, dia gembira kerana dapat menghilangkan rasa sedih yang selalu bersarang di hati Hanani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience